Apakah itu Top Note, Middle Note & Base Note Di Dalam Wangian??

Haii.. ermm aritu masa aku wat entry pasal perfume tu ada kawan yang tanya apa yg aku membebel pasal top notes, middle notes dan base notes. Ingat aku tulis lagu ke?? Sebenarnya aku pun tak tau hihi tapi bila ada orang dah tanya teringin jugak nak amik tau so startla google sana sini.. Jadi kat sini aku nak share penerangan ringkas tentang komposisi top note, middle note, dan base note dalam wangian yang kita pakai hari-hari tu..



🌸 Top Note 🌼
"Top Note" adalah komposisi yang paling atas atau utama dalam bau wangian.. Kenapa dia yang paling atas dan paling utama??Sebab korang boleh bau top notes ni dengan semburan pertama wangian korang tu.. Top notes ni juga merupakan note yang paling penting bagi pencipta wangian.. Yela bila korang pergi kedai nak beli perfume mesti korang akan menilai bau daripada sekali semburan je kan..tu yang buat korang tertarik sama ada nak beli wangian tersebut atau tak.. Jadi bauan first sekali yang korang dapat dari semburan wangian tu adalah "Top Note"...

🍀 Middle Note 🌿
"Middle Note" pula adalah note kedua selepas "Top Note" ataupun note pertengahan dalam wangian..Korang boleh rasa komposisi bauan dari "Middle Note" lepas 15-30 minit dari semburan pertama..Perubahan bauan ini juga disebabkan oleh kerana tindak balas alkohol dalam wangian yang mula meruap kepada si pemakai..Bauan dari "Middle Note" ni juga tak boleh jadi penentu kepada keharuman sesuatu wangian.

🍁 Base Note 🍂
"Base Note" pula adalah note yang paling bawah atau yang terakhir dalam sesuatu wangian.."Base Note" juga dikatakan menunjukkan bau yang sebenar dalam wangian."Base Note" juga lebih banyak pati dari alkohol dan baunya juga lebih tajam dan ianya dapat dirasai 30 minit selepas semburan pertama.




13 comments:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.