Aku dan Teh Hijau Pulakk...

Assalamualaikum..korang sihat?? 😀😀 moga sihat semua hendaknya..yang tak berapa nak sihat tu cepat-cepat tau pegi klinik check kesihatan korang tu sebelum melarat..bila cerita pasal kesihatan ni mesti semua orang cari cara nak "mencegah dari merawat"..siapa yang nak sakit kan??okey aku nak cerita pasal "TEH HIJAU" yang mampu mencegah pelbagai jenis penyakit.. dulu aku pernah cerita pasal kelebihan epal hijau ni nak cerita pasal "Teh Hijau" lak..

Ramai yang tak suka rasa "Teh Hijau" ni..adik sepupu aku siap wat eksperimen pasal rasa "Teh Hijau" ni seperti bedak wangi yang dicampurkan dengan air.. 😵😵 heheh mula aku pun tak suke dengan rasa dia tapi bila fikir manfaat dan kebaikan dari "Teh Hijau" ni aku dah jadi salah seorang pengamal tegar "Teh Hijau"..

"Teh Hijau" diperbuat dari tanaman teh "Camellia Sinensis" yang berasal dari negara China dan kini telah dikenali di seluruh dunia. Antara kelebihan "Teh Hijau" ialah :

🌿 Tinggi Antioksidan
    🍃 Memanjangkan hayat ~ kandungan atioksidan dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti sakit jantung, kanser dan strok.
🌿 Mengandungi "Polifenol" yang berperanan sebagai fungsi mencegah dan merawat pelbagai penyakit. "Polifenol" ialah sejenis anti-oksidan yang biasa terdapat dalam tumbuh-tumbuhan. Ianya mampu bertindak sebagai ~
    🍃 Pencegah Kanser ~  Teh Hijau membantu mengurangkan kanser payu dara, perut, esofagus, kolon dan kanser prostat.
    🍃 Mencegah penyakit gigi
    🍃 Membantu mengurangkan tekanan oksidatif dan menyebabkan pelebaran saluran arteri sekaligus mengurangkan tekanan darah, pembekuan darah dan mengurangkan kolestrol jahat dalam badan.
     🍃 Kesemua fungsi "polifenol" membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dalam kalangan pesakit diabetes yang lebih berisiko untuk menghidapinya. "Polifenol" juga membantu mengawal glukos dalam badan sekaligus menghalang masalah diabetes.
🌿 Merangsang penurunan badan dan membakar lemak.(okey yang ni paling aku suke..tapi mesti disertakan dengan senaman jugak tau..barulah hasilnya cenggini 👍👍👍)
🌿 Menguatkan ingatan dan pelindung memori
    🍃 Meminum dua gelas teh hijau bagi seorang dewasa juga dapat membantu mengekalkan kecergasan memori dan fungsi otak.
🌿 Membantu mencegah penyakit daripada menyerang tubuh badan
🌿 Kaya mineral & vitamin
🌿 Menurunkan tekanan darah
    🍃 Penyebab utama hipertensi adalah sebuah enzim yang dikeluarkan ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal adalah ACE inhibitor. Teh Hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penilitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberikan ekstrak hijau.
🌿 Menyegarkan badan dan memberi ketenangan
    🍃 Okey yang ni dari pengalaman aku sendiri bila aku minum Teh Hijau ni memang aku rasa tidak mudah letih dalam urusan seharian dan rasa stress pun macam cepat berkurangan.
🌿 Mencegah hepatitis
🌿 Melancarkan pencernaan
🌿 Melindungi paru-paru daripada racun rokok (kalau boleh janganla merokok terus tau, membazir beli rokok dan membahayakan kesihatan!!)
🌿 Mencegah keracunan makanan
    🍃 Teh Hijau juga terkenal sebagai pembunuh bakteria. Dengan meminum teh hijau dapat mengurangkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana Teh Hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E.coli. Apabila terkena cirit birit, anda disarankan untuk minum Teh Hijau yang pekat untuk merawat. Teh Hijau ini merupakan agen pembasmi kuman yang paling kuat kerana ia mempunyai kesan anti toksik dalam toksin yang dihasilkan oleh bakteria.
🌿 Melindungi fungsi ginjal
🌿 Mencegah bau mulut
🌿 Awet muda dan melambatkan proses penuaan
🌿 Melembutkan dan melindungi kulit
    🍃 Okey yang ni petua kalau korang ada masalah kulit luka, melecur, melecet atau digigit serangga, korang ambil sehelai kapas bersih celupkan ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan coz Teh Hijau ni ada bahan antiseptik semulajadi yang boleh jugak hilangkan rasa gatal,lebam,bintik-bintik keradangan, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup. Selain itu juga Teh Hijau mampu mencantikkan kulit dan mengatasi masalah jerawat pada kulit.

Salah satu jenama Teh Hijau kegemaran aku 


So takde sebab korang tak patut cuba Teh Hijau ni sebab manfaat dan kebaikannya yang terlalu banyak. Banyak jenama Teh Hijau kat pasaran sekarang ni pilih je mana yang korang nak..okey jumpa lagi next entry yaww.. 😘

No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.