RAMADHAN CARE ~ Untuk Ibu Tunggal dan Anak Yatim
Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera.
Iza nak mempelawa korang semua untuk memberi sumbangan sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi,,,,
*Tim CSR Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru* ingin membuka peluang sekali lagi bagi tahun ini untuk meneruskan amalan membantu ibu tunggal dan anak yatim di sekitar Skudai menjelang Ramadhan tidak lama lagi.
Berikutan pengalaman tim kami sebelum ini, ada yang menitiskan airmata berikutan banyaknya bantuan yang diterima hanya menjelang Aidilfitri sahaja bukannya menjelang bulan Ramadhan yang dimuliakan maka, inilah sebab utama kami memutuskan agar amalan sebegini diteruskan bagi tahun ini. Insha Allah.
Anda boleh menghulurkan sumbangan mengikut kemampuan samada memilih :
1⃣ *Pakej A* - sekampit beras 5kg *atau* 10kg bagi 1 famili,
2⃣ *Pakej B* - satu set keperluan dapur iaitu minyak masak 5kg, tepung gandum, gula, garam, bihun, sekampit kecil bawang merah, kicap, sos atau apa sahaja yang dirasakan boleh menjadi keperluan asas di dapur,
3⃣ *Pakej C* - sepasang telekung wanita dewasa *atau* telekung kanak-kanak yang baharu,
4⃣ *Pakej D* - wang tunai seikhlas hati yang sebahagiannya akan digunakan untuk membeli hamper kurma buat 1 famili.
Anda juga bebas memilih jika mahu menyumbangkan *kombinasi pakej* yang tertera.
Bagi *Pakej D (tunai)*, sumbangan perlulah dibuat secara *online ke akaun Maybank* Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru *5511 3750 7754*.
Mohon Whats App kan slip transaksi sumbangan atau menyerahkan semua barangan sumbangan (Pakej A, B & C) untuk dikumpulkan kepada *Puan Zulhaya Marzuki* di talian *013-765 2551*
Jika anda tidak sempat membeli barang-barang yang ingin disumbangkan, tidak mengapa. Anda boleh memilih Pakej D sahaja dan kami akan membelikannya untuk anda bergantung kepada barangan keperluan lain setelah kami kumpulkan.
Semua wang sumbangan & barangan sumbangan perlulah diserahkan *sebelum 17 Mei 2017*. Dan *serahan akan dibuat pada 20 Mei 2017*.
Kami juga amat mengalu-alukan *sponsorship* daripada mana-mana pihak yang ingin turut serta bersama kami di dalam *Ramadhan Care* tahun ini.
Semoga amalan anda dan amalan kita semua diangkat dan diberkati oleh Allah serta dapat memberi makna yang besar walaupun sedikit bagi golongan yang memerlukan. Terima kasih. 💐
bagus program macam nih..
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan