Menggamit Nostalgia Kad Raya

Assalamualaikum korang2 yang disayangi..cewahhh..ermm haritu kan masa aku dok mengemas barang-barang dalam almari (saje konon nak ubah susun atur dalam rumah ni kot2 la nampak lain sikit raya ni sementelah takda beli perkakas rumah yang baru 😅)..

Tengah ngemas tu jumpa lak fail yang kat dalam tu penuh ngan koleksi kad raya yang aku terima dari rakan-rakan sejak zaman sekolah (sangat menggamit nostalgia uolls 😌)

Yela zaman serba canggih ni mana ada orang nak main hantar kad raya da..ada pun sebilangan tertentu je..sebab apa aku cakap sangat menggamit nostalgia??alkisahnya masa zaman aku ngan kawan2 seronok balas membalas kad raya ni (start aku sekolah menengah form 1 sampai la form 5 tahun 2002-2006)..time ni bila raya je kitorang memang tunggu tak sabar nak beli kad raya..kadang-kadang sebelum masuk bulan puasa aku dah tulis siap2 kat buku nota skrip ucapan kad raya untuk kawan2 aku tau..punyala excited time tu..

Ada jugak yang aku pos kad raya kat artis terkenal masa tu cam Misha Omar, Dato' Siti Nurhaliza..masa tu dapat alamat artis2(alamat syarikat rakaman dorang) ni kat majalah Mangga(alaa majalah yang havoc dolu2 tu😉)..

Ermm bila dah pos lak mula la tertunggu-tunggu balasannye..rindu zaman-zaman kad raya ni..anta kt kawan-kawan pkai pos padahal sekampung je..siap call ag kwn tu tnye "da dpt lom kad raya aq?jgn lupa balas"..heheh..kalau sekarang orang excited tunggu posmen barang online,aku dulu2 excited tunggu dapat kad raya..bila dapat je kad raya tak kira la daripada kawan ke artis ke sepupu dia punya feel bahagia tu aishhh..kihkih 😊

                 Kad raya dari kawan-kawan


        Antara kad raya reply dari artis terkenal Dato' Siti Nurhaliza & Misha Omar..  

🌸 Tak salah pun zaman moden ni kalau korang masih nak berutus kad raya sesama rakan dan keluarga..tak kisah la kad raya elektronik ke, manual ke, yang penting tujuannnya sama kan, iaitu untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama
kita.. 🌸


2 comments:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.