Alkisah ku dan suami pertama kali di The Pinggan Cafe Johor Bahru

Semalam gigih tahan perut dengan encik hubby sebab teringin sangat nak menjamu selera di antara tempat makan yang menjadi bualan hangat di media sosial, "The Pinggan Cafe" yang terletak di Jalan Tampoi Johor Bahru (berhadapan dengan simpang masuk ke Taman Gembira)..bukan sengaja tahan lapar..tapi cafe ni mula dibuka jam 4.30pm-11.30pm..so encik hubby memang tak bagi masak kalau da memang nawaitu nak makan kat luar..

Credit picture by ~ The Pinggan Cafe Facebook 




Masuk je ke dalam cafe, apa yang boleh aku cakap dekorasi nya simple tapi menarik dan yang paling penting bersih..bukan apa korang akan rasa  macam makan di restoran atau cafe dalam mall..dengan warna dinding yang digunakan sangat mendamaikan uollss..

Okey bercerita tentang topik yang paling aku nak up iaitu makanan..disebabkan first time menjejakkan kaki ke sini, aku dan suami pilih makanan yang simple2 je..kami memilih minuman kegemaran carrot susu dan suami memilih nasi goreng daging(siap mintak tambah nasi nampak sangat lapar tula gigih tahan perut lagi kan) manakala aku cuma memilih nasi goreng cendawan(playsafe la sebab aku memang pencinta nasi goreng cendawan)..kami juga memilih nachos cheese sebagai hidangan tambahan..(encik hubby perli aku "mesti nak ada cheese 😝")

First thing aku terfikir kenapa nama "The Pinggan Cafe"..mungkin sebab pinggan yang dihidangkan agak besar sikit saiznya kot..mungkin la..tapi apa pun aku suka sangat nama "The Pinggan Cafe"..unik dan mudah untuk diingat..bayangkanla mula-mula tengok kawan aku up kat facebook makan dengan family dia kat cafe ni..terus terngiang-ngiang nama "The Pinggan Cafe" ni kat kepala..hoho siapa kata nama kedai tidak memainkan peranan??

Then kitorang tak perlu menunggu lama untuk makanan yang ditempah siap dihidangkan..dalam hati aku risau encik hubby makan tak habis..bukan apa sebelum ni encik hubby tak pernah betul2 suka dengan mana2 tempat makan yang aku bawak(mungkin sebab wife dia masak kat rumah sedap sangat kot) 😏😏

Dan...sekali dua suapan je nasi goreng cendawan masuk kat mulut aku..apa yang boleh aku cakap inilah nasi goreng cendawan yang paling sedap aku pernah rasa 👏👏👏..mesti korang cakap "eleh nasi goreng je kot"..hehehe aku cadangkan korang pergi rasa sendiri..belum cuba belum tahu laa..rasanya kalau aku masih kerja kat kilang taman gembira tu memang jarang da berbekal makanan dari rumah..huhu

Buktinya.. 

Nasi goreng daging encik hubby yang siap mintak tambah nasi tu licin sampai tak sempat aku nak take picture nasi tu..first time tau dia puji tempat makan yang aku bawak..hehehe..sesuai jugak la dengan tagline "The Pinggan Cafe" iaitu "Jom Makan" memang makan tak hengat ler..


Nasi Goreng Cendawan


Kitorang berebut makan nachos cheese ni..sedappp 
👌👌

So dengan harga yang sangat berbaloi apa lagi jomlah menjamu perut korang tu di "The Pinggan Cafe"..confirm nak datang lagi nanti..dengan kemudahan lain seperti surau dan bilik air yang sangat bersih..tak pelik la ada kawan aku dah lepak sini ngan family dia lebih dari 5 kali..memang antara kedai makan yang terbaik di Johor Bahru 👍👍

Untuk info or korang nak survey2 boleh like facebook page "The Pinggan Cafe Johor Bahru" 



2 comments:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.