Review Novel ~ Sesuci Cinta



                                             Tajuk: Sesuci Cinta
                                             Penulis: Aina Emir
                                             Terbitan: Alaf 21

Sinopsis dari novel ~
Nuraina gadis biasa yang tidak punya apa-apa. Dia pernah terluka dan kerana itu pelarian adalah satu cara untuk mengembalikan harga diri yang telah dirobek dan dihina. Walau setinggi mana cintanya pada Armand, dia sedar cinta tanpa harta tidak ke mana.

Bertahun lamanya di rantau orang, jauh dari keluarga tercinta, akhirnya apa yang diimpi jadi nyata. Kepedihan dan kekecewaan terubat dengan kehadiran Behzad yang dapat menerima dia seadanya.

Namun manusia..sehebat mana pun merancang, tapi TUHAN yang menentukan. Lambaian Istana Al-Hambra membawanya ke Andalusia, Sepanyol. Tanpa terduga, dia bertemu kekasih lamanya, Armand.

Pertemuan yang tidak disangka-sangka itu lantas mengetuk hatinya semula. Dia tahu lelaki yang dikasihi itu tidak pernah bersalah. Dialah yang sebenarnya beralah terlalu mudah. Kini dia keliru! Antara kasih dan kasihan. Antara cinta barunya dengan nostalgia cinta pertamanya.

Cuma manusia sering terlupa, realiti tidak seindah mimpi. Cukupkah dengan lafaz cinta sahaja boleh menjanjikan bahagia? Cukupkah.?

🌹Novel ni banyak mengajar erti ketabahan..sikap Nuraina yang tidak putus asa dan sentiasa berusaha mengejar impian akhirnya berjaya membuktikan sesiapa jua mampu berjaya walau apa jua latar belakang..kalau bab jiwang2 tu aku banyak mengalir air mata apalagi part yang Nuraina keliru sama ada untuk memilih Armand, cinta pertama yang dikenalinya sejak zaman sekolah lagi yang setia menunggu dan mencarinya walau ke hujung dunia sekalipun atau Behzad, watak jejaka yang pada aku sangat caring dan jenis mengambil berat perihal orang yang disayanginya lebih dari dirinya sendiri yang dikenali Nuraina ketika beliau menetap di luar negara..n banyak lagi pahit manis yang ada dalam novel ni..novel ni novel lama..korang nak tau cerita full kena cari sendiri hihihi..


1 comment:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.