Tip Bijak Airport Transfer
Tip Bijak Airport Transfer
Setiap kali pergi bercuti yang agak jauh selain daripada tiket flight, airport transfer one of benda yang agak penting juga untuk kita ambil kira terutama kalau kita ni memang ada bajet-bajet yang tertentu untuk percutian kita. Sebenarnya banyak je pilihan untuk ke airport ni, kita je kena pandai planning dan pilih mengikut keselesaan kita. Banyak aspek yang boleh kita ambil kira waktu kita nak pilih airport transfer yang sesuai untuk kita. Antaranya:
- Total Orang
Ini merupakan benda yang paling penting sebabnya dekat sini sebenarnya kita boleh tahu pilihan mana yang memberi kita lebih advantage. Bagi yang travel dalam kumpulan yang kecil atau solo, aku cadangkan untuk guna KLIA Express je untuk ke airport. Tiket untuk KLIA Express ni kita boleh beli di kaunter ataupun nak lagi mudah boleh beli secara online je. Kita boleh beli tiket KLIA Express online booking ni dengan pelbagai jenis website. Aku paling suka beli dengan Traveloka sebab harganya lebih murah (jenis aku bila nak travel ni apa benda pun selagi aku dapar peluang saving tu memang itulah pilihan aku). Selain itu, kalau bernasib baik dapat lagi potongan 10% pada masa-masa tertentu jika ada promosi yang ditawarkan. Memang serius sangat-sangat berbaloi. Kenapa aku cakap ia sesuai untuk kumpulan yang kecil je? Sebab kalau kumpulan yang besar sebenarnya ada cara lain yang lagi jimat dan lagi convenient. Kita boleh gunakan airport taxi ataupun grab car. Hal ini disebabkan ia jauh lebih jimat kalau kita dah divide kan total harga nanti berbanding beli tiket KLIA Express secara individu. Kalau pening kepala nak pilih mana, boleh cuba usha cheap airport coach yang Traveloka sediakan.
Complete semua schedule klia express kat traveloka ni dan macam-macam lagi korang boleh usha sendiri. Macam aku memang install applikasi traveloka kat handphone so memang mudah sangat boleh survey bila-bila masa je diperlukan
Pelbagai jenis pengangkutan kalau korang nak survey kat traveloka ni. Mudah sangat semua di hujung jari je
- Tiket flight
Selain daripada kita travel dengan berapa orang, benda yang kita kena ambil kira jugak adalah masa flight kita terutama flight tiba di airport. Sebab apa? Benda yang kita kena tahu kalau kita selesa guna KLIA Express, ia ada limit masa operasi jadi kita tak boleh lah nak guna 24 jam. KLIA Express hanya mula beroperasi pada pukul 5 pagi dan kalau tak salah aku last trip dalam lebih kurang pukul 12 pagi macam tu. So, kalau tiket flight kita ni terlalu pagi ataupun tengah malam ke, mungkin KLIA Epress ni kurang sesuailah sebab ia akan mengganggu sikit kita punya plan. Kalau korang tanya aku, aku memang jarang ambil tiket yang terlalu pagi ataupun tengah malam. Waktu beli tiket memang aku dah pastikan sesiap masa aku tu just nice melainkan kalau ada perubahan masa daripada pihak airline. Namun begitu, kalau benda ni jadi memang aku akan pilih grab atau airport taxi lah sebab tak sanggup rasanya aku nak bertapa dekat airport tu lama-lama. Sedangkan masa yang ada tu kita boleh manfaatkan untuk benda lain. Grab ni walaupun kita sampai pagi ke malam ke, akan selalu ada je. Kita ni tinggal pilih je yang sesuai dengan kita.
- Keselesaan
Semua orang aku yakin nak kan keselesaan ketika bercuti, so pemilihan airport transfer ni pun bergantung kepada keselesaan sendiri. Selesa ni abstrak dan subjektif, ia tak sama untuk semua orang. Aku boleh cakap selalunya keselesaan ni bergantung beg dan barang yang kita bawa. Ni just as keseluruhan lah. Sebab macam aku yang jenis backpack, aku sangat selesa dengan KLIA Express kalau aku travel dalam 2-3 orang je. Sebab tak payah fikir jalan jem ke apa. Selain tu keselesaan daripada segi masa. Guna KLIA Express ni cepat, so takdelah rushing sangat kalau kita dah susun jadual elok-elok. Namun begitu, kalau yang jenis travel memang ada check in luggage aku rasa gunakan grab dan airport transfer ni lagi baik. Sebab kita tak payah fikir nak angkut beg berat-berat semua tu, just tunggu depan rumah. Tetapi kena ingatlah, kalau guna ni memang masa kita kena estimated lebih sikit. Kena ambil kira jalan jem dan cuaca juga.
Airport transfer adalah satu kepentingan kalau kita travel. Jadi sebelum pilih tu, fikir elok-elok dulu. Rancang masa dan perjalanan dengan baik. Supaya kita dapat memilih airport transfer yang terbaik. Baru la mood travel tu akan lebih mengujakan..kan..kan
Sis biasa park kat Putrajaya then naik ERL terus ke Airport Klia2 heheheh mudah dan cepat..parking pun tak mahal walau park sampai 8 hari pun...
ReplyDeleteMacam2 ada dekat traveloka ya..
ReplyDelete