Blog Faizzah Amir Dah 3 Tahun



Tak boleh tidur kita main conteng-conteng.. Tunjuk kat Mr. Suami dia cakap apa ni cacing kerawit ke? 😆😆




Busy sikit 2 3 hari ni sampai terlupa hari ni ulangtahun ke 3 blog Faizzah Amir .. wuuuuu..

Itu pun aku tau masa check memories setting kat fb personal terjumpa la sepotong ayat di post bertarikh 15 Disember 2016 ni hah. Tapi kira hari ni la baru boleh kira genap 3 tahun coz entri pertama aku "NAMAKU FAIZZAH AMIR" bertarikh 16 Disember 2016.




Aku tak lupa lagi masa mula-mula menceburi dunia blogger ni cehhh. Tak pernah terfikir pun ye walaupun minat baca blog orang. Thanks to adik blogger Yaya Cendana yang bagi galakan aku involved ke dunia blogger. Sabar ajar aku yang slow ni hahaha.

Berpeluang join group JDT Blogger pun satu peluang yang besar bagi aku. Banyak blogger-blogger otai dalam tu. Banyak juga yang pernah bagi tunjuk ajar dan bagi peluang antaranya blogger Sis Lin, Kak Hernee Nazir, Kak Siti Rohaida, Uyul Rosli, Kak Sunah, Nona dan mungkin ada lagi yang pernah secara tak langsung bagi tunjuk ajar maaf kalau ada yang tak di mention huhuhu... Moga aku selalu lagi dapat join event2 dengan geng JDT Blogger..

Ok untuk rakan-rakan blogger yang selalu komen kat blog aku ni pun moga tak jemu mengomen selalu ye hehehe.. Kalau ada teguran yang bernas pun lagi bagus. Maklumlah masih lagi belajar dan terus belajar..

Ok aku akhiri dulu di sini. Moga kita semua terus sukses sebagai blogger yang memberi info yang bermanfaat. Jumpa lagi 😘😘😘

1 comment:

  1. Wahh tahniahhh! Happy 3rd anniversaryy! Nak bagi hadiahh jauhh. So hadiah komen blog lah hahaha aci takk.

    Keep on writinggg :D

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.