Review Novel ~ Hatiku Not For Sale
Tajuk ~ Hatiku Not For Sale
Penulis ~ Batiah Hadi
Terbitan ~ Alaf 21
Penulis ~ Batiah Hadi
Terbitan ~ Alaf 21
Sinopsis Dari Novel ~~
HASEF - "Hati dan perasaan konon! Jangan nak berlakon pulak! Awak memang pandai dalam bab mainkan hati orang ni! Awak dah buat saya simpati pada awak. Sehingga saya jadi bodoh dan terus setuju untuk beli awak!"
Dalam banyak-banyak tempat, Hasef terjumpa gadis itu di kelab dan bodohnya dia kerana simpati terus membeli gadis itu untuk dijadikan isteri. Dia berasa tertipu. Namun, semua tidak boleh diundur lagi. Hasef perlu membayar harga spontannya itu. Mahal pula. Bukan sekadar wang, tapi hati, perasaan dan egonya. Bila dia mengalah, mengapa hatinya pula dilukai?
ZAHRA - "Saya bukan perempuan macam tu. Saya benci jadi perempuan escort. Saya juga benci bila awak beli saya. Dua-dua saya benci. Saya bukan barang untuk dijual. Like I said before I am not for sale!"
Zahra mengharapkan hidup yang lebih baik. Dia meletakkan harapan dan cinta pada lelaki itu, namun mengapa dia merasakan bahawa Hasef tak seperti yang disangka? Mengapa lelaki itu, makin menghiris perasaan dan menginjak harga dirinya? Kalau dia ada kesempatan, dia akan pergi. Pergi jauh supaya lelaki itu tahu, dia bukan perempuan seperti itu!
🌼🌼🌼
🎠Best jalan cerita dalam novel ni. Nampak berat tapi ringan dan mudah difahami. Suka watak Zahra yang sabar, tabah dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri walau apa jua cemuhan yang diterima. Watak Hasef yang kadangkala menyakitkan hati tapi sebenarmya penyayang. Banyak juga pengajaran boleh didapati dalam novel ni antaranya mudah memaafkan walau apa jua yang orang dah buat kat kita. Barulah hidup tenang kan..... 😚
Walaupun jalan cerita macam cliche kann tapi sekali sekali nak baca saya suka juga hehehehe
ReplyDelete