Kunyah Kunyah Petang
Korang kalau petang-petang macam ni tak kira la yang baru pulang dari tempat kerja ke, sekolah ke mesti nak cari something buat kunyah-kunyah kan. Hehe..macam pisang goreng ke, keledek goreng ke.
Kalau yang area Johor Bahru mesti pernah pergi jalan-jalan kat gerai-gerai area Giant Taman Suria. Mungkin ramai dah tau, atau ada juga yang tak tau kan. Yela kot ada yang terlajak tanpa sengaja ke JB ni hehe..
Macam aku kalau terlajak singgah Giant Taman Suria mesti akan singgah beli keropok lekor dari gerai "Madi Keropok Lekor" berdepan dengan Giant sederet dengan gerai-gerai pelbagai aneka makanan dan kuih muih yang lain.
Gerai 'Madi Keropok Lekor' ada jual macam-macam jenis keropok lekor dari yang tebal ke nipis. Keropok lekor cheese pun ada tau. Selalu je tengok orang berkerumun beli. Macam aku dengan suami tak tahulah kenapa suka sangat dengan keropok lekor dia yang nipis tu. Rangup tapi lembut tak 'lenguh gigi' makan. Hahaha...
Lagi satu favourite kami laki bini ni hah jalan depan sikit lintas jalan sikit jumpa gerai 'Kuih Keria Suria 18'. Coz dia ada jual kuih keria gula melaka ala2 yang macam kat Melaka tu. Kalau dah mengidam sangat rasa jauh nak pergi Melaka boleh la pergi kat Taman Suria je. Gerai 'Kuih Keria Suria 18' ni pun tak pernah tak ramai orang. Lambat kadang tak sampai petang dah habis. Kalau tak silap aku pernah tanya kat adik yang jual tu dorang dah start berniaga dari tengah hari. So waktu lunch pun korang dah boleh beli la.
Puas makan lembut dan manis cukup rasa
Yang ni berdekatan dengan Giant tapi berhadapan Restoran Gazebo
Gerai ni berdepan dengan Giant Taman Suria
Rangup tapi lembut. Laju je makan. Paling penting 'tak lenguh gigi dan gusi' haha
Ok kitorang nak sambung makan kuih. Syok weh makan dalam kereta pastu rajin-rajin lah kemas dan lap supaya tak jadi tempat serangga bersarang. Hehehe... Ada rezeki dan masa nanti aku akan usha gerai-gerai lain pulak yang ada kat situ or korang pun boleh terjah sendiri. Bye... Jumpa lagi yaww...
Rindu nya pisang goreng dan sukun goreng dengan sambal kicap johor. Kat kedah takda orang nak buat 😂
ReplyDeleteadudu...febret tau kepok lekor jenis rangup tapi lembut camtu!
ReplyDeletekuih keria tu sedapnya la haiii..da lama tak makan!