Luahan Rasa Faizzah Amir
Agaknya kalau aku buat sesi meluah perasaan kat blog ni, pembaca semua ok ke tak? Atau rasa meluat? Kihkihkih..
Entahlah.. Banyak perkara kat blog ni, aku rasa paling best bila dapat berkongsi cerita mengenai pengalaman sendiri. Taklah semua hal nak cerita.. Yang terlalu peribadi bagi aku tetap ianya kekal peribadi..
Luahan hati bagi aku tidaklah tertumpu pada certain part je. Luahan hati ni skop dia luas kan. Boleh jadi luahan mengenai isu semasa, orang sekeliling, benda-benda yang kita punya, impian dan harapan kita pun boleh, manalah tahu orang yang membaca pun boleh sama-sama doakan impian kita yang belum tercapai tu.
Nak meluah bila rasa geram boleh tak korang? Hehehe.. Boleh la kot. Daripada kita meluah pada cara yang tak sepatutnya, elok juga kita meluah di sini. Janji ianya tak memberi kemudaratan kepada sesiapa. Sebab jenis perangai aku juga kalau terlampau geram aku tak suka simpan sangat. Tak syok sakit kepala sorang-sorang hahaha... Kecuali la hal peribadi atau yang melibatkan rumahtangga tu elok la kita simpan kemas dan fikir cara nak selesaikan. Sebab aku paling tak berkenan bila masalah rumahtangga dijadikan tatapan umum. Hal rumahtangga ni pilihan kita sejak dari awal kan, kenapa perlu libatkan orang lain bila ada masalah. Dalam erti kata lain tak perlu heret orang lain dalam masalah rumahtangga kita. Jadi matang. Selesaikan bersama pasangan korang. Kalau tak boleh juga, banyak lagi cara lain. Sentiasa berdoa pada sang pencipta. DIA takkan pernah mengecewakan kita in sya Allah...
Berbalik pada tajuk aku tadi, banyak perkara aku nak luah kat sini. Boleh jadi luahan hati pasal makanan yang aku masak, pasal gambar yang aku selfie, kenapa aku ni tak pernah fotogenik bila dalam gambar, mana tahu korang boleh share tips kan hehehe..
Ok aku cau dulu laa...nanti aku akan fikirkan apa lagi yang boleh aku luah kat sini. Ni bukan yang last tau. Akan ada part kedua ketiga dan mungkin beribu luahan yang akan bersusun di blog aku ni.. Sekurang-kurangnya bila kita meluah isi hati di tempat yang betul, fikiran kita pun jadi lebih tenang dan makin rasa bersemangat dalam kehidupan seharian gitu.. Kira pembaca aku ni jadi pemangkin semangat aku ler..
Alright jumpa lagi korang di luahan seterusnya.. 💕
Moga hilang sikit rasa di dalam hati selepas luahan ni 😁
ReplyDeleteMudah2an apa yang terbuku di hati akan terlerai.
ReplyDeleteAlaa Faizah, fotogenik ke, gambar tak lawa ke, kita tulis apa yang kita rasa kita nak share, jangan hadap sangat apa orang fikir. Janji kita tau batas nak sharing dan tidak mengaibkan Suami dan anak-anak juga keluarga kita..
ReplyDeleteHappy blogging Faizzah!
Numpang promo ya Admin^^
ReplyDeleteayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
dengan minimal deposit hanya 20.000
add Whatshapp : +85515373217 ^_~