Planner Ana 2020 ~ Planner Multi-function dengan Pilihan Design Menarik
Dah nak penghujung bulan January 2020 baru aku terfikir nak beli planner.. Kenapa entah boleh terlupa benda penting macam ni huhuhu..
Apa pun aku nak ambil kesempatan sikit cerita pasal planner yang aku beli ni. Planner Ana ni mesti ramai yang dah tahu kan. Planner multi-function dengan pelbagai design pilihan yang menarik.
Untuk tahun 2020 ni, aku pilih design passion. Memang suka ala-ala elegan gitu. Dan tentunya aku pilih set exclusive yang hardcover. Bukan apa aku ni 'lasak' sikit bab tulis-tulis ni, kang koyak pulak kulit planner yang cantik ni.
Set exclusive hardcover ni pun special sikit ada banyak freegift dan didatangkan dalam box. Free gift yang aku dapat ialah buku nota kecil 'journey to jannah' dalam ni korang boleh buat catatan pasal puasa, amalan kita sebagai umat islam, bukan untuk show off atau rasa riak tau..haishh tak mau gitu.. Sekurangnya dengan cara ini boleh mendidik dan melatih kita jadi muslim yang lebih baik kan. Selain tu juga aku dapat free gift calendar pocket, penanda buku, gift card, pin dan 2020 planning chart.
Ok ni aku nak cerita sikit antara yang terkandung dalam Planner Ana 2020 ~~
🌺 Public Holiday (Malaysia, Brunei, Singapore, Indonesia)
🌺 Monthly Planner
✔️Boleh plan apa rancangan harian korang, catit appointment penting, perbelanjaan dan simpanan duit setiap bulan(pentingnya kan merancang kewangan kita).
✔️Ada kata-kata motivasi di setiap bulan. Rasa bersemangat gitu..
🌺 Business Plan
✔️Bagi korang yang ada bisnes sendiri tu, pentingnya ada planner yang macam ni tau, sebab planner ni sangat complete untuk korang buat catatan bisnes korang nye achievement, problems, expected result dan idea-idea korang. Dah ada column khas tinggal isi je. Senang sangat kan.
✔️ Dan juga ada column strategi untuk capai target dari bulan Januari hingga Disember.
🌺 Tarikh - Tarikh Majlis Penting
✔️ Ni pun penting. Walaupun korang dah ada alarm kat handphone ke apa tapi penting ada catit kat planner. Trust me ok hehehe...
🌺 Menstrual Cycle Tracker
✔️ Ni of course antara yang terpenting bagi aku dan sudah pasti untuk semua kaum wanita yang lain... Heeeee...
🌺 Notes & Sketches
✔️ Boleh la korang buat tulis-tulis luahan rasa ke, cerpen ke or main lukis-lukis ke..
🌺 Body & Weight Measurement
✔️Kegemaran aku yang ni laa.. Makin bersemangat rasa nak dapatkan berat badan ideal.. Hohoho
🌺 30 Days Of Detox Water
✔️Kira macam sahut cabaran gitu.. Follow je tiap-tiap minggu berbeza cabaran detox ni.
🌺 30 Days Walk Run Schedule
✔️Ni hah, pesanan untuk aku jua.. Lepas ni jangan malas-malas lagi join run challenge..
🌺 30 Days Workout Challenge
✔️ Hah ambik lagi pesanan khidmat masyarakat untuk aku. Jangan malas-malas nak bersenam. Tak menyempat pegi gym dalam rumah pun boleh kan.
🌺 My Website & Social Media
✔️ Blogger macam aku dengan media sosial memang tak dapat dipisahkan. Nilah kepentingan ada planner yang macam ni.
🌺 Monthly Payment/ Bill
✔️ Lepas ni dah tak ada alasan dah lupa bayar bil-bil bulanan hihihi...
🌺 Saving Challenge
✔️ Korang dan aku dah boleh disiplin dah dalam soal kewangan lepas ni. Tak mau dah boros ikut suka suki je. Kena mula rancang menyimpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit ye dok..
🌺 Kindness Challenge
✔️ Cabaran ini juga bukan untuk buat korang rasa bangga dan riak tau, tapi disiplin kan diri kita supaya jadi manusia yang ada menyumbang manfaat kepada masyarakat dan hidupan kat dunia ni. Gituuu...
🌺 Dream Vacation & Packaging List
✔️ Ni pun antara planner yang terpenting. Baru la plan travel korang akan jadi perfect. Tak ada dah risau barang-barang penting tertinggal ke apa. Jenuh kang. Ni dah boleh la rancang elok-elok dah ada planner kan.
Ok sebenarnya banyak lagi yang terkandung dalam Planner Ana ni. Korang dapatkan sendiri la puas hati. Belum terlambat lagi untuk dapatkan planner 2020.
Walaupun sekarang zaman dah serba canggih semua plan dan catat benda penting pakai telefon bimbit, tapi pentingnya korang ada catatan planner yang macam ni tau. Bila kita sentiasa merancang dan buat persediaan untuk kehidupan seharian, barulah hidup rasa lebih teratur. Jiwa pun tenang kan.
Oklah aku nak sambung tulis wishlist aku untuk tahun 2020 ni kat Planner Ana ni. Kita sambung cerita banyak lagi di entri yang akan datang.. Babaiii
tak pernah ada planner seumur hidup ni...mungkin patut try..hehe
ReplyDeletewahh lawanya planner *_*!!!
ReplyDeletepernah la brangan nak guna planner.. blh keep up sminggu dua.
ReplyDeletelepas tu kelaut..
bagus orang yg sistematik. teruskan =)
comeynya planner ni..tahun ni tak beli planner ni..
ReplyDeleteakak setiap tahun ada planner sampai dua tiga tapi tak terguna pun ada gak..hehe
ReplyDeleteNumpang promo ya Admin^^
ReplyDeleteayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
dengan minimal deposit hanya 20.000
add Whatshapp : +85515373217 ^_~
nice.
ReplyDeletetapi aida x boleh ada planner gini - takkan terbuat punyer :) ha ha ha ha...
aida beli kalendar planner utk kat rumah.
kat ofis, guna planner jabatan je.
lain-lain bergantung kpd phone :) hi hi hi hi...