Resepi Ayam Masak Halia
Lauk ayam masak halia hampir setiap minggu jadi hidangan bekal suami ke tempat kerja. Sedap katanya (air tangan bini lah katakan walaupun resepi asal copy dari facebook). Mudah nak disediakan pun ye juga. Yela selalu masakkan suami pagi-pagi subuh ni mata pun separuh je bukak mamai lagi. Tapi resepi ayam masak halia sangat mudah disediakan. Dan confirm menyelerakan dan bertambah nasi. Jom try resepinya yang aku share ni hah~~~
CREDIT Resepi by ~ FB Fadzilah Mahmud
Bahan-bahan:
Ayam ( potong bahagian kecil)
Kicap cair
Sos tiram
Tepung jagung
Bawang
Cili
Daun bawang
Halia (wajib)
Cili merah
Bawang putih
Serbuk lada hitam
Cara masak:
1. Goreng ayam yang dah diperasakan kunyit dan garam. Angkat dan toskan tepi.
2. Tumis bawang putih yang diketuk dengan halia. Dah naik bau masukkan kicap cair, sos tiram.
3. Bancuh sedikit tepung jagung dengan air untuk pekatkan kuah. Masuk dalam kuali. Letakkan sedikit serbuk lada hitam.
4. Masukkan ayam yang digoreng tadi gaul rata.
5. Last sekali masuk bawang besar,cili padi, cili merah dan daun bawang. Tutup api jangan terlalu lama nanti layu.
Daun bawang je aku tak letak sebab daun bawang tak ada stok kat dapur masa masak pagi tadi huhuhu
Ok selamat memasak korang.. Jumpa lagi di entri yang lain wokeyyyhhh
perghhh nampak sedap tuuuu
ReplyDeletemudah ni.
ReplyDeletelebih kurang sama resepi kita cuma aida tak letak sos tiram & kicap.
halia, bwg putih dan pekatkan dgn tepung jagung.
nak kena try dgn sos tiram & kicap ni. menarik naw kaler nyer tu, hitam berkilat!