Review Novel ~ Mampu Mencintaimu





                  Tajuk : Mampu Mencintaimu
                   Penulis : Auni Amauni
                    Terbitan : Kaki Novel



Sinopsis Dari Novel ~~

Kerana sebuah janji, Sarah Humaira terpenjara di luar sangkar angan-angannya. Angan-angannya untuk mengejar cita-cita dalam bidang binaan bangunan. Tidak terduga, dia disuruh berkahwin pada saat dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Semuanya hanya kerana janji itu, yang membuatkan ibu dan ayahnya memaksanya berkahwin dengan lelaki yang langsung tidak dia kenali.

Selepas selamat diijab kabul, Sarah Humaira lari dari kehidupan perkahwinannya kerana perasaan bencinya pada lelaki yang sudah bergelar suaminya itu. Perasaan benci yang sudah lama terpupuk sejak sebelum mereka bernikah lagi. Dia lari meninggalkan lelaki itu yang sudah sah menjadi suaminya lalu ke luar negara melanjutkan pelajarannya.

Lima tahun berlalu, hadirnya Kamal Ikhwan menambat hati wanita Sarah Humaira. Sifat lelaki itu yang penyayang dan berlembut hati banyak membuatkan dirinya terasa bahagia serta dimanjai. Namun Sarah Humaira masih penasaran, adakah dia masih dalam ikatan perkahwinan kerana dia tidak pernah sekali pun merisik mengenai 'bekas' suaminya.

Dan siapakah pula Haris Safwan yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya? Lelaki itu sungguh membencikan kerana suka sangat menyakat serta menyeksa perasaannya. Dirinya kerap dibuli oleh Haris Safwan menjadikan perasaan bencinya semakin menebal. Namun benarkah ianya benci? Sarah Humaira sendiri keliru.

Apakah janji yang telah tersimpul mati itu yang membuatkan ayah dan ibu Sarah Humaira menjadikan anak-anak mereka korban perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga? Apa pula nasib yang menimpa suami Sarah Humaira yang sudah lama ditinggalkan?


                                 ðŸŒ¼ðŸŒ¼ðŸŒ¼ðŸŒ¼ðŸŒ¼

🎭 Novel ni pada awal cerita nampak macam biasa-biasa je. Tapi kan aku gerenti korang tak boring sebab jalan cerita dia tak statik pada satu kisah je. Korang akan nampak perbezaan perjalanan hidup watak utamanya, Sarah Humaira. Boleh aku cakap macam turun naik tangga gitu, ada sedih, gembira, konfius semua ada. Adegan suspen pun ada, komedi pun ada diselitkan dalam dialog novel ni. Dan perjalanan setiap plotnya buat korang tak sabar-sabar nak habiskan pembacaan. Rasa nak sekali layan je sampai abis hehehe....



1 comment:

  1. Baca sinopsis mcm menarik. Boleh try beli nanti. Hehe tq share info novel ni

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.