Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Tun Syed Nasir Ismail | SMK Majidi Baru 1970-2020
Credit picture to ~ Instagram SMK Tun Syed Nasir Ismail
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia Nya aku tak sangka berpeluang dipanjangkan umur untuk berada dalam salah satu peristiwa bersejarah di tahun 2020 ini.
Tak sangka sekolah tempat aku menimba ilmu dari tahun 2002 hingga 2006 iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru atau namanya kini Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail kini dah berusia 50 Tahun pada tahun 2020 ni. Dari tahun 1970 sekolah ini ditubuhkan hingga 2020. Jubli Emas tu.. Huhuhu..
Credit picture to ~ http://wikimapia.org/4791591/SMK-Tun-Syed-Nasir-Ismail
Credit picture to ~ Instagram SMK Tun Syed Nasir Ismail
Banyak kenangan suka duka aku di sekolah ini. Terutamanya dengan guru-guru dan rakan-rakan ler.. So aku berharap sangat pada sempena sambutan 50 tahun ni at least aku dapat menyumbangkan sesuatu buat sekolah aku ni.
Dalam instagram SMK Tun Syed Nasir Ismail pun ada di war-warkan mengenai pihak sekolah yang mengalu-alukan agar semua alumni atau bekas pelajar sama-sama meluangkan masa melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan sekolah sepanjang tahun ini.
Contoh kalau ada rezeki lebih, korang boleh la menyumbang kewangan, kalau tak boleh ikut kemampuan korang banyak lagi jenis sumbangan lain seperti sumbangan barangan keperluan sekolah atau sumbangan tenaga dan khidmat bakti korang pun sangat dialu-alukan. Masa inilah kita nak balas balik jasa sekolah tempat kita menimba ilmu. Kalau bukan kita bekas pelajar siapa lagi kan...
Akhir kata, semoga aku dan alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru @ Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail dapat meluangkan sedikit masa menyumbang apa juga yang terdaya untuk sekolah kami yang tercinta ini bukan tahun ini sahaja harap-harapnya selagi terdaya dan ada kemampuan in sya Allah.. Moga dipermudahkan urusan kami dan pihak sekolah.. Dan semoga SMK Tun Syed Nasir Ismail terus melahirkan insan-insan yang berjaya.. Aaminn2 ya rabbal alamiinn..
Info Lanjut boleh rujuk di
Instagram SMK Tun Syed Nasir Ismail ~ https://instagram.com/smktsni.official
Di kesempatan ini juga aku nak ambil peluang untuk kongsi dengan pembaca sejarah penubuhan SMK Majidi Baru @ SMK Tun Syed Nasir Ismail.
SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAJIDI BARU.
Pada tahun 2006, SMK Majidi Baru telah ditukarkan nama kepada SMK Tun Syed Nasir Ismail. Kelulusan penukaran nama tersebut telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 16 September 2006.
Sekolah Menengah Tun Syed Nasir Ismail telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Abdul Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor pada 23 Jun 2007 bersamaan 8 Jamadilakhir 1428.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SYED NASIR ISMAIL
Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru ditubuhkan pada tahun 1970. Oleh kerana bangunan kelas belum siap sempurna, pelajar-pelajar terpaksa menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Air Molek, Johor Bahru. Lambang bendera dan cogankata sekolah “Berilmu, Berbahasa, Berjasa” direka oleh En. Mohd Salleh Bin Mohamed. Lagu sekolah yang berjudul “Berilmu, Berbahasa, Berjasa” pula dilhamkan oleh En. Ahmad Bin Hisham.
Sekolah Menengah Kebangsaan Majidee Baru dibuka secara rasmi pada tahun 1981 oleh Y.B. Dato’ Musa Hitam, Menteri Pendidikan Malaysia. Koperasi sekolah telah ditubuhkan pada tahun 1983 dan dijadikan sebagai badan pertubuhan yang berdaftar.
Pada tahun 1990, projek pembinaan dua blok bangunan tiga tingkat mula dijalankan. Surau al-Rahman yang telah dibina dengan lebih besar dan lebih selesa dirasmikan oleh Y.B Tuan Hj Mohd Ali Bin Hassan. Blok Budi dan Blok Bahasa dirasmikan oleh Y.B Dato’ Syed Hamid Albar Bin Syed Jaafar Albar dengan jayanya pada tahun 1994.
Pada tahun 2002, kerja baikpulih sekolah telah dijalankan. Pagar-pagar dawai di sekeliling sekolah telah digantikan dengan tembok batu. Bilik khas untuk pengawal peselamatan sekolah telah didirikan berhampiran dengan pintu pagar utama sekolah. Bangunan sekolah juga diberi wajah baru. Longkang di kawasan sekeliling sekolah diperbesarkan.
Pada tahun 2003, keadaan kantin di Blok Ilmu dan Blok Jasa telah diperbaiki. Lantai-lantai dipasang dengan mozek. Kerusi yang diperbuat daripada batu dibina, kipas dan lampu dipasang serta siling yang lama diganti dengan siling yang baru. Tangga untuk laluan pelajar telah dibina berhampiran dengan koperasi sekolah untuk memudahkan pelajar untuk pergi ke surau.
P/s ~ Rasa nak merayau satu sekolah ngan geng-geng lama. Confirm mengimbau kenangan sampai meleleh air mata sebab terharu sangat. Hehehe..
Sumber : Facebook JB In My Heart.
Laaa kita sama sekolah ek Faizzah hehehe..Sis 1989-1993 hehehehe
ReplyDeleteDah pakat gak gan geng bas sekolah Sis, nak join aktiviti derang nanti..jom!
Haha keciknya donia.. Waaa jom jom
DeleteTahniah SMK Tun Tun Syed Nasir Ismail!
ReplyDeleterasanya semua orang akan teruja bila terkenang sekolah dan ada yang teringin nak balik ke zaman persekolahan dulu kan...
Betul tu kan
Deletesubhanallah...dah 50 tahun ek usianya...
ReplyDeleteIzin promo ya Admin^^
ReplyDeletebosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik dan menguras emosi
ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
add Whatshapp : +85515373217 ^_~
Rindu kenangan zaman sekolah
ReplyDelete