Selamat Tahun Baru 2020 ~ Misi Azam Yang Tertangguh







Assalamualaikum. Salam sejahtera semua pengunjung blog Faizzah Amir. Alhamdulillah. Dah masuk tahun baru kiterr..Happy New Year 2020!! Selamat Tahun Baru korang!! 2020 dah wehh!! Semoga korang masih tak jemu mengunjungi blog Faizzah Amir yang serba biasa ni hehehe..

Macam tak percaya je dah masuk ke tahun 2020 ni. Ingat lagi masa sekolah dulu bila dengar pasal 2020 rasa jauh je lagi nak sampai tapi excited. Dan dalam masa yang sama seram jugak lerr sebab masa tu dah kira kat kalkulator umur aku bila masuk tahun 2020 ni. Hukhuk...

Ok macam biasa la sebut je tahun baru nak ke tak nak, suka atau tidak sure korang terfikirkan azam baru kan. Atau kalau aku lebih suka panggil "azam yang tertangguh" haha yes itulah misi dan visi aku di tahun 2020 ni. Menyelesaikan azam yang tertangguh sejak dari zaman muda mudi huhuhu..

Tak kira la korang ada azam nak kurus ke (ehemm, diri sendiri masih menanti kejayaan azam yang satu ini), azam nak berjaya dan semakin meningkat di dalam kerjaya (kerja rajin-rajin jangan banyak mengular macam aku ehhhh), azam nak berjaya di dalam peperiksaan buat adik-adik yang masih menuntut di sekolah mahu pun menara gading (study dan buat target dari sekarang!!), azam nak tamatkan zaman bujang (moga dipertemukan jodoh yang baik-baik), yang dah ada tarikh untuk majlis kahwin pun moga dipermudahkan urusan korang membina masjid ye in sya Allah..  Dan banyak lagi kan azam-azam tahun baru. Aku ni pun still tengah fikir apa lagi nak catit dalam wishlist untuk 2020 ni walaupun banyak lagi wishlist yang tak tercapai. Kihkihkih..

Angka yang cantik. Semoga langkah perjalanan kehidupan seharian kita pun semakin cantik la kan. Semoga kita sentiasa dilimpahkan rezeki dan dijauhi dari kesempitan hidup. Moga dipermudahkan urusan aku dan korang semua di tahun baru ini dan in sya Allah ke tahun-tahun yang mendatang juga. Apa jua azam dan wishlist korang, aku doakan moga tercapai di tahun 2020 ini.

Yang sedang menyambut tahun baru tu tak kira lah sama ada dengan keluarga atau rakan-rakan, yes enjoy2 jugak tapi yang pasti pesanan dan ingatan setiap tahun jaga diri korang tau. Jangan mudah terleka dengan duniawi. Sayangilah diri anda.

Aku nak ambil kesempatan ini juga untuk memohon maaf sekiranya sepanjang penulisan aku di tahun 2019 ada yang buat korang sentap, terasa or apa-apa jela. Buat rakan-rakan blogger di seluruh dunia, haa amik kau 'world' terus, aku berharap semoga kita semua sama-sama jadi blogger yang semakin berjaya dan sentiasa memberi manfaat dalam berkongsi info kepada pembaca. Kepada pembaca, semoga sentiasa memberi sokongan kepada aku tau. Jangan boring terjah blog aku ni walaupun kita saling tak mengenali.. Cewahhh,,,,,

Ok sampai sini je aku membebel. Moga aku sentiasa ada masa yang terlebih-lebih lagi untuk terus membebel kat korang di blog aku ni. Jumpa lagi yawww,,,,,🎉🎉🎉

3 comments:

  1. Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
    mampir di website ternama I O N Q Q
    paling diminati di Indonesia,
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    ~bandar poker
    ~bandar-Q
    ~domino99
    ~poker
    ~bandar66
    ~sakong
    ~aduQ
    ~capsa susun
    ~perang baccarat (new game)
    segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
    Whatshapp : +85515373217

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.