Serba Salah.....
Ermm. Kenapa tajuk ini?? Sebab aku tiba-tiba dihimpit perasaan serba salah. Perasaan serba salah ni sudah pasti bukan diminta tapi dia akan muncul tanpa diundang. Hahaha begitulah pada pemikiran aku.
Korang tau tak, perasaan serba salah ni kadang lebih teruk dari perasaan risau atau perasaan bila dah buat salah. Yela walaupun orang kata ada certain part sukar untuk minta maaf bila dah melakukan kesalahan, tapi bagi aku meminta maaf dan memaafkan tu mampu buat aku tidur lena weh. Tapi sejenis perasaan serba salah ni boleh buat tidur aku tak lena, makan tak lalu, mandi tak basah wehh.. Hahaha.. Sekali dah macam manusia yang sedang angau pun ada efek dia.
Serba salah ni kadangkala rasa nak buat itu tak kena, ini tak kena. Aduhai boleh mengganggu pekerjaan seharian tau. Jadi apa nak buat ye bila perasaan serba salah ni datang??
Kalau mengikut cara aku, apa pun yang kita buat biarlah kita menjadi diri sendiri. Sebab perasaan serba salah ni kadangkala membabitkan kita konfius dengan sesuatu. Nak buat perkara betul tapi risaukan pandangan sesetengah orang yang mungkin tak suka dengan apa yang kita lakukan dan sebagainya. Dan aku lebih suka memilih buat je apa yang aku nak selagi ianya tidak mengganggu atau memberi efek yang buruk. Bukan kata tak perlu fikir orang lain langsung, tapi kalau korang rasa benda yang korang nak buat tu tak bagi keburukan pada korang dan orang sekeliling teruskan jela.
Aku bagi contoh korang minat menulis kat blog macam aku ni, dan kita akan share benda-benda yang kita suka kat blog, dan lepas tu share di mana-mana media sosial. Niat kita berkongsi info untuk semua. Tapi tak semua akan faham kan. Ada yang ingat kita nak show off or whatever. Kita pun akan rasa serba salah. So dalam hal yang macam ni, selagi korang rasa info yang korang kongsikan itu memberi manfaat, teruskan je berkongsi. Kita terangkan baik-baik kalau ada yang salah faham. Tapi kalau orang memilih untuk fikir yang buruk juga, kita tak boleh buat apa. Kita buat je kerja kita macam biasa ye dok...Tak perlu rasa serba salah dengan orang kerana itu memang tuntutan kerja kita.
Samalah juga dengan menegur perkara yang baik. Kalau ada perkara yang tak elok di depan mata, kita tak perlu rasa serba salah nak tegur atau tak. Kalau orang tak terima tak apa, kita dah beritahu. Mana tahu kalau dia tak terima apa yang kita cakap masa tu, mungkin dia akan teringat atau terfikir balik kan.
Dan kalau berbalik pada agama, bila aku rasa serba salah ni contoh macam untuk memilih sesuatu yang baik, buat lah solat istikharah berdoa banyak-banyak minta pertolongan dariNya. In sya Allah kalau kita yakin gerak hati kita akan bantu kita untuk pilih hal yang baik-baik je.
Kebetulan gambar ni diambil masa aku tengah dok serba salah laa.. Tunggu makanan yang dipesan kat restoran tak sampai-sampai. Tapi aku pilih untuk tunggu je. Tak rugi bersabar dan faham keadaan orang lain kan... 😉
Ok jangan stress2 kalau perasaan serba salah tu datang, pasti ada solusinya. Aku berundur dulu ye. Nanti kita cerita banyak lagi di entri berikutnya ❤️
Serba salah menghenyak rasa. Lepaskan ja, bebaskan dirimu dari rasa bersalah tu 😁
ReplyDeletemmg.. tak suka bila ada dalam situasi tu. tapi.. dulukan perasaan kita xyah pening2 fikir orang. for me media social adalah our very own space jadi kita berhak nak share apa2.
ReplyDeleteas long as benda yang kita share tak memudaratkan..
Kan dah kata kat Faizzah, kita balik pada niat dan tujuan kita menulis..kalau hanya minat untuk berkongsi apa yang kita buat, kita kongsikan, sebab ada ketikanya apa yang kita kongsikan jadi manfaat buat orang lain..
ReplyDeleteNak fikir pasal orang, mereka tak akan faham, tak akan!!