29 February 2020 ~ Tahun Lompat Hanya 4 Tahun Sekali
Syukur Alhamdulillah. Berjumpa lagi kita dengan tarikh 29 February ni kan. Special tau tarikh ni. Sebab apa aku kata tarikh ni special? Sebab tak setiap tahun la ada tarikh ni. 4 tahun sekali je kan. Aku tak nak ulas yang ada sesetengah kepercayaan buruk pasal tarikh ni, terpulanglah pendapat dan kepercayaan masing-masing. Kalau bagi aku, benda yang jarang-jarang ada ni special. Dengar cerita banyak yang buat promosi istimewa sempena tarikh ini.
Ada juga orang cakap kesian yang lahir tarikh ni sebab tak boleh celebrate tiap tahun. Yeke? Tak juga kot. Boleh je raikan setiap tahun tapi setiap kali muncul tarikh ni, mesti korang yang lahir tarikh 29 February ni rasa special kan.
Menurut artikel yang aku baca kat mynewshub , tahun yang ada 29 February ni dipanggil tahun lompat. Alkisahnya, Tahun Lompat mula diperkenalkan pada zaman Rom di bawah pimpinan Julius Caesar apabila berlaku kekeliruan tarikh tepat bumi mengelilingi matahari. Ini kerana bumi memerlukan 365 ¼ hari untuk melengkapkan pusingan tersebut.
Ok apa pun bagi yang lahir pada tarikh 29 February ni, aku ucapkan Happy Birthday, yang sambut ulangtahun perkahwinan... Ermm ada ke anniversary hari ni? But why not? Happy Anniversary untuk korang.
So apa pula aktiviti korang 29 February ni? Weekend pulak tu. Aku patutnya hari ni nak join celebrate birthday anak kawan aku kat Johor Bahru, tapi suami kena kerja la pulak. So cancelled. Duduk jela di rumah sambil mikir untuk masak tengah hari kejap lagi.
Pssttt.. Sebelum mengakhiri bebelan hari ini, aku nak ucapkan tahniah kepada kelab bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) atas kejayaan menjuarai CIMB Piala Sumbangsih malam tadi. Kejuaraan pertama untuk tahun 2020 ni. Kejuaraan pertama di Stadium Sultan Ibrahim. Semoga terus juara dan juara. Luaskan kuasamu!! Eh terpanjang lak cerita pasal JDT. Terbangga lebih laa kelab bolasepak negeri tempat aku dibesarkan walaupun menumpang lahir je kat KL nun. Yeke? Tak tanya pun? Ermm tapi aku nak bagitau jugak. Hehehe...
Muka ada tak puas hati sikit sebab tak jadi pergi birthday party. Haha. Apa pun thanks kat suami sebab kita berjaya selesaikan urusan penting kat luar pagi tadi. Urusan apa? Jengggg...
Ok cau dulu laa.. Happy Saturday korang!!
Post a Comment