Bekalkan Suami Nasi Goreng Tomyam







Suami minta nak bekal nasi goreng tomyam. Macam aku jenis follow je. Apa yang suami bekal begitu jugalah aku.

Nasi goreng ni pun tak berapa nak tomyam sangat. Tak ada seafood macam udang, sotong. Letak sayur kecil-kecil yang carrot, jagung dengan kacang tu je. Cuma suami suka pedas-pedas so memang cili kisar tu buh lebih. Nak rasa tomyam tu aku just letak kiub tomyam je 2 ketul. Yela pagi-pagi ni masak kita campak jela apa yang ada kat dapur tu huhuhu...

Ada kisah lagi di sebalik bekal pagi ni. Suami aku memang kerap bawa bekal pegi kerja. Macam aku jenis ikut mood jugak. Dia cakap tupperware yang selalu aku bekalkan dia tu macam sikit tak puas makan. Jadinya aku bagi tuppperware besar bulat ni hah hehehe... Yela bukan apa suami kerja memang banyak tenaga dah keluar pagi-pagi dah kena berlari joging keliling kem, kadang berkawad lagi, sebab tu laki aku ni susah nak gemuk. Perut dia jela membiak sikit kuikuikui..

Apa pun moga dipermudahkan urusan kerja encik suami hari ini. Semoga sedap la nasi goreng tu ye. Sebab suami aku boleh tahan juga pengkritik yang hebat tang benda makan hahaha.. Kalau dia cakap 'ok lulus' maknanya sedap lah tu kan. Ngeeee

Salam jumaat buat semua pembaca dan moga dipermudahkan juga urusan kita semua hari ini ye. In sya Allah..

4 comments:

  1. sedap bekal nasi goreng tomyam dia. kami bekal ayam halia & bayam sayur je untuk lunch hari ni

    ReplyDelete
  2. saperla x sayang laki .. tapi ade kanns.. :p

    ReplyDelete
  3. Sedap nasi goreng tomyam bertelur mata tu.

    Kalau suami cakap lulus atau puji atau.senyum apa yang kita masak,
    Fuhhh rasa legaaa 😁

    ReplyDelete
  4. ni la dia nama nyer kasih sayang sejati :) hi hi hi...
    telur mata lembu tu gojes sgt!!!

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.