Pelbagai Dessert dengan Pakej Berpatutan Dari DeaVanna


Salam Jumaat. Tak habis lagi nak cerita di sebalik tabir birthday party Firas walaupun dah sebulan berlalu. Nak cerita lak pasal kek dan dessert.

Macam yang aku pernah cerita kat entri sebelum ni last minute punya plan aku cari yang pakej kek sekali dengan dessert2 yang nampak macam ala-ala simple candy buffet.

Yes. Terus teringat DeaVanna. Aku bukan baru kenal sis Nadia yang owner DeaVanna ni. Selalu sangat dah beli kek, macam-macam dessert dengan dia. Harga berbaloi dan yang penting sedap dan puas hati.

Time birthday Firas aku pilih pakej ekonomi je dari DeaVanna. Kek pun kecik2 comey lotey gituu. Jadilah kan. Tapi puas hati sesangat pakej ekonomi boleh dapat sebiji kek ikut tema, cream puff, congo bars, cheese tart ikut tema, brownies dan pavlova. Sis Nadia siap buatkan tag comel-comel 'Firas Turns 1' untuk cucuk kat dessert tu semua. Nampak la meriah sikit kan. Oh ye lagi satu pinggan plastik untuk birthday party pun aku dapat dari DeaVanna. Senang kan kerja aku. Dalam satu pakej simple je tapi complete apa yang aku nak.





Sebenarnya dessert tu semua dapat dalam satu box setiap satunya ada dalam 25pcs macam tu. Tapi tak dapat nak letak semua satu meja tak muat tu yang aku adjust balik letak sikit-sikit je. Alhamdulillah semua dapat merasa. Sikit sama dirasa orang kata hehehe...

Oklah. Next aku rasa nak buat setiap satu entri pasal setiap dessert dari DeaVanna ni. Baru la puas hati kan pilih yang mana korang berkenan nak cuba nak rasa boleh order dengan DeaVanna. Benda baik kena selalu share kan hehe...

Apa pun kalau korang tak sabar nak survey dari sekarang boleh la usha-usha kat Instagram 👉 DeaVanna

1 comment:

  1. Wahh cntikny kek.. mcm2 bentuk ada meriahlah parti bday..

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.