Review Novel ~ Alamak, Tersuka La Pulak!













                      Tajuk : Alamak, Tersuka La                                             Pulak!
                           Penulis : Ateen Khalid
                           Terbitan : Kaki Novel

Sinopsis Dari Novel ~~

Khadeeja Safiya...seorang wanita yang sangat mementingkan abangnya, Khairy Sufyan dalam apa jua keadaan. Tindakan Hani Suraya yang meninggalkan Khairy Sufyan menyebabkan Khadeeja berdendam dengan wanita itu dan dia menggunakan Izham Iskandar, kekasih kepada Suraya.

"Yup...aku akan goda mamat tu sampai dia tinggalkan Suraya. Sekarang ni, aku ada misi!" - Khadeeja Safiya

Perwatakan Khadeeja yang unik menyebabkan terdetik rasa cinta di hati Izham walaupun kadang-kadang Khadeeja agak agresif.

"Saya yang patut terkejut. Kenapa asyik muka awak saja yang muncul depan mata saya? Apa awak nak, hah? Awak ni memang tak ada kerja ke apa asyik ikut saya dua puluh empat jam?" - Izham Iskandar

Apabila rancangan Khadeeja berjaya dan abangnya juga sudah menemui bahagia, Izham dihina sekadar untuk gahkan egonya yang menolak rasa cinta yang sudah bersarang dalam hati.

'Kehilangan' menyebabkan Khadeeja mula fikirkan kesilapannya terhadap Izham dan menyesal dengan tindakannya itu.

Saat bertemu kembali dengan Izham, lelaki itu sudah terikat dengan seseorang. Namun, buat kali terakhir Khadeeja mahu berusaha dan tahu sesuatu. Apakah masih ada rasa cinta di hati Izham?

                    🌹🌹🌹🌹🌹


🎭Plot tak cliche. Best. Ada pengajarannya dalam novel ni. Hormat orang kalau kita nak dihormati. Jangan sakiti orang lain kalau kita tak nak tersakiti. Hehe kenapa macam nak bunyi ayat joker lak. Apa pun dialog2 dalam novel ni best. Sempoi, tak berat kepala. Enjoy!

4 comments:

  1. Rajin betul ko baca novel ek Faizzah...Sis kalau dah ngadap kang, ada tak update blog jadinya hahaha

    ReplyDelete
  2. uik, memang lain dari yang lain plot dia tu

    ReplyDelete
  3. ingatkan tersuka kat review novel. rupanya tajuk novel. haha :D

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.