Review Novel ~ Shh... I Love You








                      Tajuk : Shh... I Love You
                       Penulis : Farisya Natasha
                      Terbitan : Penulisan2u



Sinopsis Dari Novel ~~

NUR NADIA OMAR... Keceriaan luaran tidak dapat menutup kekurangan yang ada pada dirinya. Hidupnya yang penuh liku dan membuatkan hanya kematian saja yang dia fikirkan dek kisah silam yang menjadikan diri masih bernyawa sehingga kini. Dan kerana itu, kesukaran hidupnya mula diterangi cahaya kebahagiaan apabila hadir si teruna idaman hati. Dapatkah si jejaka menerima kekurangan dirinya?

AHMAD AIDAN AHMAD ABHAR... Kerana kecewa, dia membawa diri yang lara kesepian dan menumpukan perhatian pada kerjaya di awan biru. Namun, pertemuan tak dirancang dengan seorang gadis yang berkerjaya tidak jauh beza dengan skop kerjanya telah membawa satu perubahan baru buat dirinya. Dan kerana itu, mampukah kehadiran si gadis pengganti merawat luka dalam hati Aidan yang masih terpendam lagi?

"Awak sanggup terima apa saja risiko bila awak kahwin dengan saya nanti?" - NADIA
"Bukan ke itu yang husband and wife should be doing?" - AIDAN

Namun begitu, percaturan Allah lebih hebat untuk diri mereka berdua. Dek masing-masing menyimpan satu rahsia yang bakal meremukkan perasaan. Akibatnya, perhubungan Aidan dan Nadia mula berantakan apabila rumah tangga mereka yang dibina dengan tergesa-gesa itu mula dilanda ujian.

Kisah dan rahsia yang disimpan oleh si teruna membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia sehingga ke akhir nafas wanita itu biarpun cinta untuk isterinya tidak pernah. Ini kerana cintanya hanyalah untuk bekas tunangannya yang sudah tiada. Apabila mengetahui perkara sebenar, mampukah Nadia mengharunginya?

"Untuk apa awak kahwin dengan saya kalau awak masih cintakan dia? Hanya sebab awak simpati pada saya? Atau saya ni cuma alat untuk mengaburi mata keluarga awak yang kononnya dah move on? Ataupun, saya ni sekadar peneman di waktu awak sunyi? Tell me, Aidan. Tell me the truth!" - NADIA 

Setelah itu, Nadia mula nekad. Dia mahu hanya dirinya saja yang bertakhta dalam hati Aidan tanpa terselit wanita lain meskipun bekas tunang lelaki itu sendiri.

"Saya takkan mengalah. Sampai masa nanti, awak tak akan dapat hidup tanpa saya." - NADIA 
"Try me." - AIDAN

Cabaran lelaki itu membuat Nadia terus berjuang. Sebagai isteri, dia berhak memiliki Aidan sepenuhnya. Tetapi, benarkah hanya itu yang menjadi rahsia selama ini? Atau ada lagi rahsia yang lebih besar tanpa diketahui olehnya? Dan jika ada, mampukah dia berdepan dengan rahsia itu? Atau mungkin sudah tiba masanya untuk dia melangkah pergi?




                           🌻🌻🌻




🎭 Novel ni pun best. Plot tak berat sangat nak hadam. Novel ni juga diadaptasikan ke Slot Akasia Tv3 lakonan Gambit Saifullah dan Elvina Mohamad (kini Datin Elvina Mohamad) . Aku gigih cari novel ni kat PBAKL masa tu pun sebab drama ni la. Cair ngan heronya kikiki.. Sampai encik tunang masa tu (suami sekarang) asyik dok bahan je Gambit ni. Jeles la tu 😝. Apa pun sampai sekarang kalau baca novel ni still masih cair ngan watak Nadia & Aidan ni. Sweet2 malu-malu gituuu.. 

No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.