Resepi Daging Masak Kicap Berempah






Hari ahad. Hari kelima perintah kawalan pergerakan di Malaysia. Kami sekeluarga terus menambah berat badan tanpa jemu. Huhuhu.... Tapi jangan lupa buat senaman ringan tau walaupun dalam rumah. Jangan makan tidur sahaja..Semoga wabak covid-19 di seluruh dunia beransur reda dan hilang.. Aaminn aaminn ya rabbal alamiinn...

Jom cuba resepi ni. Simple2 pun sedap juga kan waktu-waktu macam ni.

Resepi Daging Masak Kicap Berempah 

Bahan-bahan :
Setengah kilo daging
4 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia * (* dikisar halus)
1 sudu besar ketumbar biji **
1/2 sudu teh jintan halus **
1/2 sudu teh jintan kasar **
1 sudu teh lada hitam ** (** disangar atas kuali tanpa minyak sebentar dan dikisar kering)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap pekat
2 cawan air
1 batang cili merah - hiris serong b
1 biji bawang besar - hiris bulat b
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Daging di hiris nipis, direbus hingga empuk
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng bahan kisar halus dan kisar kering bersama kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga, kacau rata hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar kacau sampai garing. Masukkan sos tiram, sos cili. Kacau sebentar. Masukkan daging kacau rata.
4. Masukkan air rebusan daging tadi dan kicap pekat kacau lagi. kecilkan api sedikit dan tutup kuali dengan tutup periuk. Sesekali kacau daging dan biar daging empuk. Masukkan lada hiris, dan kacau sebentar.
5. Akhir sekali, masukkan bawang yang dipotong bulat dan biar sehingga kuah jadi pekat sedikit. Perasakan, dan tambah sedikit garam dan gula mengikut citarasa. kacau rata dan matikan api.


CREDIT : FB Resepi Orang Kampung


2 comments:

  1. Allahu Akbar, fiza.
    sedapnya!!!
    daging susah nak cari kat sini, fiza.
    kat mydin pun abis.
    nak ke pasar - jauh. dan takot plak ramai. nanti covid19 menular.
    aduhai.... tq for sharing ye.

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.