Review Novel ~ Lelaki Kiriman Tuhan
Tajuk : Lelaki Kiriman Tuhan
Penulis : Umie Nadzimah
Terbitan : Penulisan2u
Sinopsis Dari Novel ~~
Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama.
Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira.
"Terima kasih sebab prihatin pada saya. Tapi lain kali jangan menyibuk la, hantu!" - Naira
"Ops... Hati hantu ni degil. Nak juga kacau Cik Naira yang berwajah asam ni. Gelisah kalau tak tengok muka."- Raid
"Sebab awak tu miring!" - Naira
Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza.
Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumah tangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya?
Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat? Temui jawapannya dalam LELAKI KIRIMAN TUHAN...
❄️❄️❄️❄️❄️
🎠Novel ni pernah diadaptasikan ke drama tv channel Astro Oasis dari October 2018 - January 2019. Pelakon utamanya Mira Filzah & Remy Ishak. Memang ngam la kan. Novel ni pun salah satu yang aku suka khatam berulang kali. Santai je dari awal aku dah gelak-gelak tengok gelagat si Naira dan Raid. Banyak juga suspen dalam novel ni, ada plot twist nanti hehehe.. Aku tak sure novel ni ada jual kat kedai buku lagi ke tak, kalau ada korang harus beli! Best sangat tak boring baca ulang-ulang pun.
Bila buku novel tersebut diterbitkan. Saya tidak tahu.
ReplyDelete