Resepi Mee Goreng Bodoh Senang dan Cepat
Bahan - Bahan
Minyak untuk menumis
Mee kuning
Bawang dan halia yang telah dikisar
Lada kisar (kuantiti ikut pedas yang korang suka)
Ayam (potong kecil-kecil)
2 biji telur ayam
Sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Garam
Kiub ayam
Kicap
Cara - cara
Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang dan halia hingga kekuningan. Masukkan lada kisar dan tumis lagi sehingga naik bau. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil dan tunggu sekejap hingga ayam masak kemudian masukkan 2 biji telur ayam dan gaul rata. Setelah itu, letak sedikit sos tiram, sos cili dan juga sos tomato dan gaul rata. Bubuh kicap secukupnya dan perasakan dengan kiub ayam dan garam. Akhir sekali, masukkan mee kuning dan gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.
Kesian mee goreng tu
ReplyDeleteBilalah dia nak pandai
Tak kisahlah bodo ke apa ke, janji sedap Faizzah...yang penting masak hahahaha
ReplyDeletetapi still nampak sedap~ okay la tu hikhik
ReplyDeletewww.myrabeautydiary.com
Kikiki mommy pun selalu masak mee bodoh kak. Bukan setakat mee bodoh, nasi Goreng bodoh, macam2 lagi la. Haha. Janji sedap. Berani kata tak sedap
ReplyDeletelapar nengoknye weiii...
ReplyDeleteTak penah tak sedap 🤤
ReplyDeleteTerliur tgkk 😂
ReplyDeleteAduhai.. Tajuk tu kak.. lawak pula... Yg penting sedap n boleh dimakan
ReplyDelete