Review Novel ~ Cinta Infiniti
Tajuk : Cinta Infiniti
Penulis : Ain Kamalia
Terbitan : Penulisan2u
Sinopsis Dari Novel ~~
Dalam fikiran FARHANI IDAYU ketika melangkah ke Teguh Dinamik Holdings ialah untuk selesaikan praktikal dengan jayanya. Mamanya pun siap pesan lagi. Dapatkan segulung ijazah, bukan segulung sijil nikah! Tapi kalau dah orangnya cantik menawan, mana mungkin tak ada yang berkenan.
"Saya Umar Azharie, kerja kat tingkat 7. Belum berkahwin, errr... Sedang mencari calon sesuai untuk dijadikan isteri. - UMAR AZHARIE
" Jangan mengaku tak ada boyfriend, saya mengurat nanti tetiba aje kata ada boyfriend pula!" - DANIEL ISKANDAR
Seorang arkitek bermata cantik, seorang lagi bos kerek yang boleh tahan kacak. Farhani Idayu memang pening kepala melayan kerenah mereka yang asyik ingin mendekatinya. Akhirnya, dia sedar bahawa nama Umar Azharie yang mula ada dalam hatinya. Lagipun, dia tak gemar dengan latar belakang Daniel Iskandar yang dianggapnya terlalu kaya.
"Betul Hani tak suka orang kaya? Maksudnya Hani sukalah orang biasa yang sederhana macam abang ni, kan?" - UMAR AZHARIE
"Yalah, Hani tak suka orang kaya..." - FARHANI IDAYU
Namun, Farhani Idayu bagaikan tersepit saat Daniel Iskandar memintanya menjadi 'pelakon' dengan watak sebagai bakal isterinya. Semuanya gara-gara nak elakkan diri daripada terus digilai Mazni. Farhani Idayu mahu tak mahu, terpaksa mengikut rentak bosnya itu. Takut pula tak lulus praktikal!
"Tak naklah, bos! Carilah orang lain... Ataupun carilah bakal isteri betul-betul. Tak baiklah menipu orang ramai. Berdosa tau!" - FARHANI IDAYU
"Betul juga apa you cakap tu. Daripada berlakon dan dapat dosa sebab menipu orang, apa kata you jadi isteri I betul-betul?" - DANIEL ISKANDAR
Walaupun 'lakonan' Farhani Idayu dengan Daniel Iskandar mengundang cemburu Umar Azharie, namun hubungan mereka tetap berjalan lancar hinggalah...
" Perkenalkan, Umar Azharie... Bakal tunang Kak Iman." - FARHANA IMAN
Hancur luluh hati Farhani Idayu saat mengetahui bahawa Umar Azharie bakal bertunang dengan sepupunya sendiri! Langsung dia tidak sudi mendengar sebarang penjelasan lelaki itu.
"Hani... Bagi abang peluang terangkan kisah sebenar. Hanya Hani yang abang mahu sebagai isteri dan bukannya Iman. Percayalah abang, Hani." - UMAR AZHARIE
Saat itu, Daniel Iskandar ada menemani dan memberi cintanya. Tambahan pula, rupa-rupanya keluarga Farhani dan Daniel Iskandar saling mengenali lalu membuatkan hubungan mereka semakin rapat.
Kini, siapakah yang akan dipilih Farhani Idayu sebagai penghuni hatinya? Umar Azharie, cinta pertama yang sangat mencintainya atau Daniel Iskandar yang setia menanti?
🌷🌷🌷🌷🌷
🎠Biasalah novel macam realiti kehidupan juga. Ada pasang surutnya. Kadang happy kadang gaduh. Part sedih bila Hani tahu yang Umar tu bakal tunang sepupu dia, aku rasa part paling happy sebab dari awal aku suka Hani dengan bossnya Daniel yang sempoi tu. Aku percaya if korang baca novel ni pun mesti setuju dengan aku. Apa pun keseluruhan novel ni dari awal sampai akhir best. Bahasa yang ringan, mudah difahami dan santai-santai gitu...
dah lama tak baca novel cinta melayu...huhu
ReplyDeleteRajin ko baca novel ek Faizzah...tapi betul, kadang baca novel tu dah macam kehidupan kita, kadang ada gak berlaku dalam persekitaran kita,..kannn
ReplyDelete