Jom Berbuka Puasa Dengan Pelbagai Menu Menarik Dari ISSEOYO
Dah nak penghujung ramadhan ni malas pulak rasanya nak masak. Rasa nak beli je. Tapi tak rasa juga nak keluar pergi beli. Lagipun masih tempoh pkpb kan sekarang ni. Hehehe...
So aku bukak la group whatsapp bazaar yang aku join dari sebelum bulan puasa, lagi tau. Tapi belinya idok hahaha... Jadi cctv je sebelum ni. Baru tergerak hati nak beli. Alhamdulillah. Moga dipermudahkan dan dilimpahkan rezeki buat semua peniaga-peniaga bazaar ramadhan walaupun berniaga secara online tahun ni.
Tengok satu bazaar yang bernama ISSEOYO ni tertarik pulak rasa nak cuba makanan yang diorang jual. Try order mee rebus biasa untuk mak ayah aku (lupa nak ambil gambar), untuk aku mood korea western sikit, aku beli 'burger cheese banjir' dan 'ayam goreng sos mayonis & cheese'.
Alhamdulillah. Puas hati sangat sedap-sedap belaka semuanya. Makan sikit-sikit lepas terawih rilek-rilek depan televisyen boleh sambung mengunyah lagi.. Hehehe... Syok juga sesekali gini rehat tak payah masak ada banyak masa lebih untuk buat ibadat di bulan puasa ni kan kan....
Ok korang kalau teringin nak cuba menu-menu dari ISSEOYO ni boleh la try whatsapp diorang www.wasap.my/0196876982
📌 Delivery sekitar kawasan BANDAR TIRAM/TAMAN BUKIT TIRAM/BESTARI INDAH/PUTRI WANGSA/FELDA ULU TEBRAU/SAUJANA KOTA TINGGI/RESA CEMERLANG/DESA JAYA/PELANGI INDAH/JOHOR JAYA/PLENTONG/TAMAN DAYA & SEKITARNYA.
📌 Open order sehingga 4.00PM setiap hari
📌 Delivery bermula jam 5.00PM hingga 7.00PM
📌 Caj delivery bermula dari RM1-RM10 mengikut kawasan
Ok korang, selamat menjalani ibadah di bulan ramadhan dan berbuka puasa nanti ye...
Post a Comment