Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 | Salam Syawal 1441H
Alhamdulillah..Sebulan kita menjalani ibadah berpuasa di bulan ramadhan, hari ini tibalah hari kemenangan bagi seluruh umat islam.. Allahuakbar...
Walaupun tahun ni kita menyambut hari raya aidilfitri masih di dalam suasana PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) di mana kita tak boleh merentas negeri untuk balik beraya ke kampung macam tahun-tahun sebelum ni, tak boleh kunjung mengunjung, namun bagi aku setiap kali hari raya aidilfitri ada keistimewaan tersendiri. Sambutlah hari kemenangan kita dengan penuh kesyukuran atas limpah nikmat dariNYA..
Macam aku, walaupun tahun ni masih lagi beraya dengan ibu bapa, tapi ni tahun kedua raya berjauhan dengan suami tercinta.. Suami bertugas di perantauan demi negara tercinta... Ni juga tahun kedua juga firas belum merasa lagi raya pertama dengan ayahnya, in sya Allah tahun depan ye busyukk masham ibu... nak buat macam mana kan, dah kami berkongsi si dia dengan negara, hehehe... Semoga suami dan rakan-rakan, juga buat semua petugas barisan hadapan dipermudahkan urusan dan sentiasa di dalam peliharaanNYA...
Buat pembaca faizzah amir dot com, geng jdt blogger, rakan-rakan blogger lainnya, fiza ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin... Ampun dan maaf sekiranya ada penulisan fiza yang mengguris hati dan perasaan ke.. Kosong-kosong ye...
Dan.... nak pesan lagi sama-sama la kita bekerjasama demi menangani virus covid-19... Raya di rumah masing-masing.. Kalau kita bekerjasama, fiza yakin raya tahun depan kita akan kembali dapat kunjung mengunjung balik ke kampung macam dulu-dulu. Tahun ni kita sabar dulu tau. Ikut arahan dari kerajaan. Kita mesti menang! Semoga virus covid-19 akan hilang sepenuhnya in sya Allah...
Semoga syawal kali ini membawa sejuta kebahagiaan dan kenangan manis buat kita semua... In sya Allah.. Aaminn aaminn ya rabbal alamiinn...
Salam lebaran 1441H
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin faizah
ReplyDeleteselamat hari raya ya
ReplyDeleteSelamat hari raya maaf zahir dan batin faizzah.
ReplyDeleteSelamat hari raya PKPB
ReplyDeleteMaaf zahir batin ya!
Pretty good post. I just stumbled upon your blog and wanted to say that I have really enjoyed reading your blog posts. Any way I'll be subscribing to your feed and I hope you post again soon. Big thanks for the useful info. hari raya puasa snacks
ReplyDelete