Review Novel ~ Mr. & Mrs. Sweet








          Tajuk : Mr. & Mrs. Sweet
          Penulis : Q Aulia
          Terbitan : Penulisan2u

Sinopsis Dari Novel ~~

" Kita kahwin seperti yang dirancang. Tapi status suami isteri hanya di depan family you dan family I aje. Other than that, kita masih macam biasa. I tak akan ganggu privasi you dan you pun tak perlu ganggu urusan peribadi I. Orang lain pun tak perlu tahu status kita. Deal?" - ZARIEL IMRAN

Kerana MOU tersebut, AMANDA IMAN terjerat dengan perkahwinan aturan keluarga. Suami yang jauh lebih muda darinya amat menjengkelkan. Dalam hati mula bersimpul geram dan sakit hati.

" Kenapa? Tak boleh ke? Bukannya ada orang lain pun dalam bilik ni." - ZARIEL IMRAN 

" Habis I bukan orang?" - IMAN

" Ada I cakap you kambing ke?" - ZARIEL IMRAN

Namun perancangan Tuhan tiada siapa yang menduga. Berkat tak sebulu dan tak sebumbung, hati mereka bertaut.

" Amanda Iman Syah, will you be my lady forever?" - ZARIEL IMRAN

" Allah S.W.T telah jadikan awak sebagai imam dan pelindung saya dan saya berharap agar Dia tetap jadikan saya milik awak untuk hari esok dan hari-hari mendatang." - IMAN

Dikejar media ala-ala paparazi telah merapatkan hubungan mereka. Malah, menjadi mangsa kepada perempuan psiko juga mengukuhkan lagi rasa cinta dalam hati mereka. Namun apabila satu-satunya rahsia hati yang disimpan sekian lama terbongkar, bahtera indah yang baru dikecapi mula dilanda badai. Kepercayaan menjadi taruhan. Kesetiaan menjadi galang ganti.

" Zariel, kenapa awak lebih percaya gambar yang bisu tu dari saya isteri awak?" - IMAN

" Sekurang-kurangnya gambar itu tak perlu bersuara untuk menunjukkan kebenaran." - ZARIEL IMRAN

" Kalau awak fikir gambar-gambar ini tak menipu, saya juga andaikan gambar awak dulu pun tak menipu. Tak perlu fikir dari mana datangnya gambar tersebut ataupun apa tujuannya. Kita biarkan gambar yang berbicara. Itu yang awak nak, kan? " - IMAN

" I need a space. Just leave me alone for a while. " - ZARIEL IMRAN

Iman pasrah. Perlukah dia mempertahankan mahligai indahnya sedangkan bahagianya cuma seketika? Katanya cinta sampai ke bulan, rupa-rupanya sayang tercampak ke tengah laut!


                🌻🌻🌻🌻🌻

🎭 Dah tajuk pun sweet mestilah kisahnya suwit muwit je. Nampak macam klise, tapi tak pun. Ada pengajaran yang korang boleh dapat. Pengajaran paling senang faham jangan cepat berburuk sangka kepada pasangan kita. Perkahwinan ni perlu banyak duduk berbual, bukannya bila ada masalah diamkan diri ye dok.. Bukan dalam kehidupan rumahtangga je kalau nak ikutkan, dengan sesiapa pun tak kira lah keluarga ke, kawan, jiran, geng sekerja kalau dengar atau rasa-rasa something yang kita tak berkenan kat orang tu cepat-cepat istighfar.. Itu semua syaitonnn... Kalau tak puas hati jugak macam aku cakap tadi jumpa sembang depan-depan tanya apa, kenapa dan mengapa.. Bukan tanya kat orang lain atau buat kesimpulan sendiri... Cara dan keadaan orang lain mungkin berbeza kalau semuanya nak sama macam kita punya cara fikir tak happy la dunia ni... Haaa gituuu... 


4 comments:

  1. Baca sinopsis ko macam best plak...nanti nak cari laaa online punya...
    Eh ko kalau baca sekali jalan habis? Rajin betul baca novel..bagus..

    ReplyDelete
  2. Rajin baca novel ya..zaman sekarang makin ramai yang tidak minat membaca

    ReplyDelete
  3. Dah lama x layan novel, bolehla cr ni.. mcm.menarik

    ReplyDelete
  4. Serious best giler novel ni..sweet sangat2

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.