Tips Kurangkan Muka Berminyak Selepas Bangun Tidur
Hai korang. Buat apa tu? Hari ini dah buat rutin skincare korang ke belum? Kebetulan aku baru lepas membelai muka ni hah. Yela, usia makin bertambah, kena pula kulit aku ni sensitif juga, payah nak cari skincare yang betul-betul ngam.
Pentingnya memilih skincare yang bagus terutamanya untuk kulit muka. Lagi-lagi kita bukan boleh tepek makeup 24jam kan. Orang kata nak tau wajah sebenar kita, tengok masa bangun tidur. Huiii aku dulu seram juga tau lepas kahwin takut suami terperanjat jatuh katil pulak kan bila tengok muka aku masa bangun tidur. Huwaaaa...
Seperti yang korang tahu, kadang kulit muka kita akan rasa berminyak ketika bangun pada waktu pagi kan?
Kalau korang nak tahu, kulit kita mulai kehilangan lebih banyak air bila hujung hari (dan pada waktu malam), ini akan menyebabkan penghalang kulit menghasilkan lebih banyak minyak untuk menggantikan kehilangan air dan melindungi kulit. Jadi, inilah yang menyebabkan kulit korang nampak berminyak pada waktu pagi. Belemoihhh je kan...
Tapi tapi... setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.. Jangan boring membaca haa ni meh aku nak tunjukkan kat korang tips yang boleh selesaikan masalah ni. Hanya 2 langkah mudah dengan produk dari Hansaegee Nature. Sebelum ni pun aku pernah buat review pasal produk Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream, kalau korang terlepas boleh baca kat SINI
Kali ini aku nak recommend pulak pencuci muka (cleanser) dan pelembap (moisturiser) dariHansaegee Nature untuk kurangkan kulit muka berminyak selepas tidur
Macam yang aku cakap tadi, kerana kulit kita kurang air pada waktu malam, jadi lebih berminyak terjadi pada hari berikutnya, jadi untuk menyelesaikan masalah ini, kulit mesti mempunyai kelembapan yang cukup, (cukup udara).
Untuk mengawal dan mengurangkan kulit berminyak, kulit kita memerlukan air.
Kalau korang follow tips aku ni, tak nak kulit berminyak masa bangun tidur aku cuma ikuti dua langkah dan gunakan dua produk ni je dari Hansaegee Nature ~~
🌺 Aloe AC Clean Bubble Cleanser - membersihkan liang pori dengan kelembapan, kulit tidak kering
🌺 Aqua Whitening Cream Moisturizer - Melembapkan kulit dari dalam, mengawal sebum berlebihan dapat mengurangkan berminyak pada kulit
➡️ Korang cuma perlu follow je rutin ni 2 kali sehari je dengan 2 langkah mudah.
✔️ Langkah pertama, cuci kulit dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Antara kebaikan pencuci muka ini ialah 👇
🌹 Memulihkan jerawat dan membersihkan pori secara mendalam.
🌹Menghilangkan sebum dan minyak berlebihan pada kulit
🌹 Melembapkan kulit, tidak kering setelah digunakan
Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni diperbuat menggunakan 10 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi. So korang tak perlu rasa waswas nak guna. Pencuci dia pun jenis yang 'berbuih' best sangat tau time cuci muka kan rasa ringan dan fresh je.
10 ekstrak tumbuhan semulajadi dalam Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Pakai sikit-sikit je pun… Sebelum tidur jangan lupa rutin cuci muka dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Then boleh rasa buih-buih kat seluruh muka. Bau pun wangi je… Kulit rasa segar dan bersih…
💖 Salah satu benda best pasal Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni kan walaupun ia cair dalam botol, tapi bila korang picit keluar, ia akan keluar macam Soft Bubble di tangan, ia membersihkan liang kulit dengan sangat dalam, dan melambapkan kulit juga tidak menimbulkan kerengsaan pada kulit, jenis ringan je. Rasa lembut je bila gosok-gosok kat kulit muka kita. Botol dia pun senang nak guna picit-picit sikit je.
💖 Biasanya pembersih muka jenis bubble atau berbuih ni kan memang kita tahu fungsi dia bagus sangat dalam membersihkan kulit, tetapi kadang ia menjadikan kulit sangat kering setelah mencucinya, TAPI Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini berbeza, ia adalah pembersih yang berkualiti, ia membersih liang-liang kulit kita dengan mendalam sekaligus melembapkan kulit, so korang akan rasa kulit tak kering pun, tapi makin lembap dan licin. Best samgat kan.. Hehehe... Sebab tekstur cleanser ni sangat lembut, melembapkan dan berbuih dengan air. Syok weh bila gosok kat muka rasa buih buih kan...
✔️ Langkah kedua, lembapkan kulit dengan Aqua Whitening Cream.
✔️Setiap pagi dan malam, hanya 2 langkah, membersih dan melembap. Baru laa korang akan dapat kulit yang segar dan sihat. Ngeeee...
Lepas tu tepek la moisturizer Aqua Whitening Cream
Ratakan ke seluruh kulit wajah dan boleh tidur dengan happy..
So macam mana pun, nak kulit segar bila bangun tidur jangan lupa amalkan rutin dengan produk Hansaegee Nature. Senang sangat kan. 2 langkah je. Bersihkan kulit dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser, lepas tu tepek pelembap Aqua Whitening Cream. Barulah gabungan yang mantap gitu... Sebab pentingnya pelembap ni dapat terus menjaga kelembapan kulit korang, sekaligus mengawal minyak yang berlebihan pada kulit kerana pelambap ni mempunyai bahan "Niacinamide" = so kulit korang akan dapat kelembapan yang cukup pada waktu malam dan juga bersih. Jadi bila bangun tidur keesokan hari kulit akan terasa segar dan rasa berminyak pada kulit pun semakin berkurang. Barulah berseri-seri seindah mentari yang menyinari di waktu pagi.. Hahaha…
Ni aku test sendiri kat skin analyzer.. Memang banyak perubahan since gunakan 2 produk Hansaegee Nature ni
Ok apa tunggu lagi, kalau korang nak fefeeling berseri-seri tanpa kulit berminyak lagi bila bangun tidur, korang pun kena try juga produk dari Hansaegee Nature ni. Macam mana nak dapatkan? Mudah je. Klik je website kat bawah ni ~~
🍁Brand: Hansaegee Nature
🍁Website: www.hansaegee.com/shop
🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Tips yang berguna..Boleh beli untuk isteri dan anak ni
ReplyDeletemmg best hansaegee ni kan. mama dah order utk botol kedua dah
ReplyDeleteBelum pernah try product ni, bole la cuba
ReplyDelete