Palladio Casey Holmes Matte Liquid Lip Color Review




Hai weekend ni korang buat apa je? Kebetulan aku dan suami serentak ada kat rumah dan sama-sama free hari ni so apalagi bawa anak bersiar-siar la.

Tak tahu pun nak pergi mana hari ni sebab bawa anak so nak elakkan tempat yang terlalu crowded buat masa ni. Suami cakap kali ni biar dia pula yang bawa ada tempat best katanya. Ibu anak duduk diam-diam je. Jalan semua dia tahu. Yeahhh ibu rileks hari ni tak payah jadi wave ayah dah.. Hehehe

Ok sambil-sambil duduk dalam kereta tak ada buat apa ni nak review sikit pasal lipmatte dari jenama Palladio Beauty. Aku pun first time guna brand Palladio. Yang aku tahu sebab dah google brand Palladio Beauty ni adalah rangkaian produk kosmetik dari USA yang telah bertapak lebih 25 tahun. Dan yang bagusnya produk ni menggunakan bahan botani dan vitamin. Setiap daripadanya mempunyai sekurang-kurangnya 75% bahan semulajadi seperti lidah buaya (aloe vera), ekstrak teh hijau, lilin lebah, madu, chamomile dan banyak lagi. Selain dari itu, produk Palladio Beauty ni juga cruelty free.




So aku survey2 la produk Palladio Beauty ni kat Shopee Mall Teeni Beauty Store. Rambang mata juga tengok pelbagai pilihan produk kosmetik dari Palladio Beauty ni. Tapi sebagai seorang penggemar lipmatte, aku pilih Palladio Casey Holmes Matte Liquid Lip Color. Ni antara kolaborasi Palladio Beauty dengan Casey Holmes, seorang youtuber.




Ada 3 pilihan warna iaitu Georgia, Obsessed, Rescue. Sebab aku suka warna soft2 aku pilih Georgia. First pakai rasa ngam je kat bibir tak rasa berat. Haa ni yang paling penting sebab aku ni jenis cepat rimas mula nak gonyoh hahaha. Tapi ni rasa selesa je pakai.




Ok list sikit antara kelebihan Palladio Casey Holmes Matte Liquid Lip Color ~~

💋 Paraben free & cruelty free

💋 Diperkayakan dengan Aloe Vera, Vitamin E, Antioksidan & Vitamin Complex yang ekslusif.

💋 Warna tak tertinggal kat cawan bila minum

💋 Tahan lama

💋 Rasa ringan di bibir






Ok kalau korang berminat nak cuba produk Palladio Casey Holmes Matte Liquid Lip Color atau apa-apa je produk kosmestik Palladio Beauty, boleh la beli dari pengedar sah produk diorang macam Teeni Beauty Store di Shopee Mall atau di Guardian Malaysia




1 comment:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.