Bahaya Tidur Dalam Kereta | Bagaimana Gas CO Boleh Membunuh?
Credit picture to ~ FB Kementerian Kesihatan Malaysia
❗Apabila enjin kenderaan dihidupkan dalam masa panjang, kebocoran gas boleh berlaku daripada ekzos & masuk ke kabin penumpang.
❗Karbon monoksida tidak berbau dan tidak berwarna, jadi anda tidak akan sedar yang anda sedang menyedut gas itu.
❗Gas CO akan mengurangkan keupayaan darah untuk membawa oksigen ke sel-sel dalam tubuh manusia menyebabkan kerosakan organ.
❗Kepekatan gas CO yang tinggi dalam darah boleh membunuh.
P/s ~ Pendapat bahawa menurunkan cermin kenderaan boleh mengelakkan keracunan gas bukanlah tindakan yang tepat. Sebaiknya keluar dari kenderaan & berehatlah di tempat yang mempunyai kitaran udara yang baik, selamat dan segar.
Kredit info : FB Kementerian Kesihatan Malaysia
byk case like this kan.. zaman skrg ni.. bahayaaa betul :(
ReplyDelete