Novel Review ~ Cinta Si Wedding Planner









            Tajuk : Cinta Si Wedding Planner

            Penulis : Dhiyana

            Terbitan : Penulisan2u



Sinopsis Dari Novel ~~


Perebutan tempat parkir kereta menjadi permulaan peristiwa kisah Zara si wedding planner dengan Fariz, bekas tentera laut yang berhati batu.


Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan mak lang dan pak lang hancur di tengah jalan.


Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara Zara dan Fariz. Meski Fariz selalu mengejek Zara, hanya lelaki itu dapat membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya.


" Kerusi kereta kau ni buat aku sakit badan la." - Fariz

" Ni hanya kerusi kereta, bukannya tilam King Koil!" - Zara

" Kalau ya pun, tukarlah kerusi empuk sikit. Recaro ke." - Fariz


Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz.


" Abang teringin pankek, jem blueberry, and omelette for breakfast. Boleh sayang buatkan untuk abang?" - Fariz 

" For you, my dear... I will do anything for you." - Zara


Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih. 


" Hanya satu aje permintaan Zara. Kejujuran! Zara hanya nak kejujuran darpada abang." 

" Dia kekasih aku! Dah lama kami bercinta! Puas?" 


Jawapan Fariz bagaikan sembilu tajam menusuk hati Zara. Fariz bertukar 360 darjah setelah munculnya wanita itu dalam rumah tangga mereka. Adakah rasa cinta terhadap kekasih lama Fariz masih mekar dalam hati lelaki itu melebihi rasa kasihnya kepada Zara? Mampukah ikatan suci yang dahulunya kembang dengan bunga-bunga kebahagiaan dapat diselamatkan? 



                   ðŸŒ¸ðŸŒ¸ðŸŒ¸ðŸŒ¸ðŸŒ¸ðŸŒ¸ðŸŒ¸



🎭 Sebab tu lah kadangkala pentingnya kepercayaan kepada pasangan kita. Lagi-lagi pasangan halal. Dan sentiasa juga jujur supaya tak mendatangkan fitnah di kemudian hari. Jangan mudah percaya pada orang luar. Ramai je orang luar yang baik. Cuma ada sesetengah yang kaki stalk dan lama-lama jadi psycho sebab cemburukan kebahagiaan rumah tangga orang lain. Yang dah khatam novel ni tahu lah pasal ni hehehe. Ada adegan suspen yang tak terjangka. Novel ni juga pernah diadaptasikan dalam bentuk drama bersiri di TV3 pada penghujung tahun 2015 hingga awal 2016 yang menampilkan Mira Filzah dan Adi Putra sebagai watak utama. 


2 comments:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.