Novel Review ~ Aku, Dia dan Stiletto
Tajuk : Aku, Dia dan Stiletto
Penulis : Sri Sarah
Terbitan : Karya Seni
Sinopsis Dari Novel ~~
Stiletto merah, saksi pertemuan antara Aulia dan Ashraff. Sepasang kasut tumit tinggi yang menjadi idaman Aulia disambar oleh Ashraff, si kaki perempuan. Pertemuan yang tidak dijangka seterusnya menyebabkan mereka sering bertingkah. Macam anjing dengan kucing! Pantang berjumpa mesti bergaduh. Tambah pula si Ashraff mulut puaka kata si Aulia. Padahal dia pun sama aje.
" Puan, I yang pegang dulu kasut ni. Kalau puan nak, puan boleh minta yang lain." - ASHRAFF
" Banyak cantik muka awak! Saya yang tengok dulu kasut ni. Dari jauh sana lagi saya dah cup dulu kasut ni. And one more, jangan nak pandai-pandai panggil saya puan. Kenapa, saya ni macam perempuan dah berkahwin ke?! " - AULIA
Betullah kata orang, dunia ni kecil aje. Helinna, model antarabangsa merupakan kawan baik Aulia merangkap kekasih Ashraff. Kepulangan Helinna ke Malaysia membawa malapetaka kepada Aulia. Kerana salah sangka, Aulia hilang maruahnya angkara Ashraff. Malang lagi nasibnya apabila dia disahkan hamil. Lebih tragis apabila dia dipaksa kahwin dengan si Ashraff oleh orang tuanya untuk menutup malu.
" Boleh tak kalau saya ke UK lepas kahwin?" - AULIA
" Pergilah ke hujung dunia mana pun yang you nak pergi asalkan tak ganggu hidup I dan Helly." - ASHRAFF
" Awak tak kisah walaupun saya isteri awak?" - AULIA
" Oh, Aulia... Come on! You tahukan kenapa I nak kahwin dengan you dan you sendiri tahu kenapa you nak kahwin dengan I. Kalau bukan sebab budak dalam perut tu, you takkan kahwin dengan I. " - ASHRAFF
" Dan awak takkan kahwin dengan saya kalau bukan Helinna. " - AULIA
" Yup! Brilliant! Kalau berjauhan dengan I buat you rasa happy dan tenang, pergilah. Bila anak you dah lahir, bagi tahu I... I akan lepaskan you. " - ASHRAFF
Semudah inikah makna sebuah perkahwinan kepada Ashraff? Langsung tiada perasaan untuk bertanggungjawab atas apa yang telah dia lakukan?
" Kau nak bermadu dengan aku? " - HELINNA
" Kau sanggup? " - AULIA
" Kalau kau madu aku, aku tak kesah sebab aku sayang dekat kau." - HELINNA
Tegakah dia untuk bermadu dengan Helinna sedangkan dia telah merampas kekasih sahabat baiknya sendiri? Antara sahabat baik, maruah diri dan sebuah perkahwinan... Sungguh Aulia tersepit dengan apa yang dia akan lalui.
Apa hala tuju hubungannya dengan Ashraff selepas Helinna mengetahui hal yang sebenarnya? Bagaimana pula dengan cinta yang baru hadir buat suaminya?
🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋
🌷Suka baca novel tebal-tebal macam ni walaupun banyak part yang korang geram rasa nak gigit je buku bila baca hahaha.. Biasalah nama pun novel kan kena la ada plot pasang surutnya. Apa pun puas hati juga baca novel ni dari awal dan banyak juga pengajarannya. Jangan mudah menilai dari luaran, jangan letakkan sepenuh kepercayaan, dan belajar sayangi diri kita sendiri dulu sebelum kita menyayangi orang lain. Hargai diri uollss..
Post a Comment