Resepi Sayur Bendi Goreng Telur Mudah dan Cepat
Bahan-bahan
Sayur Bendi
Bawang Merah, Bawang Putih & Halia (dikisar)
Segenggam Ikan Bilis (ditumbuk lumat)
Lada kering (dikisar)
Pes Asam Jawa
Sos Tiram
Sebiji telur
Garam
Cara-cara
Tumiskan ikan bilis bersama bawang dan halia yang telah dikisar. Masukkan lada kisar ikut rasa pedas yang disukai. Kemudian, masukkan pes asam jawa dan sos tiram. Masukkan sayur bendi dan gaul rata. Selepas itu, masukkan sebiji telur dan gaul rata. Akhir sekali, tabur garam secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan.
simple tapi sedap gila ni kan
ReplyDeletesukaaa segalanyaa masak dgn bendi... ni nmpk sedap gila
ReplyDelete