Goodbye 2020! Imbas Kembali Kenangan Manis Sepanjang 2020






Hari ke 366 dalam tahun 2020. Hari terakhir dalam tahun 2020. Nombor yang unik. Dan jumlah hari yang unik juga sebab empat tahun sekali je kita akan rasa 366 hari dalam setahun. Tahun yang pastinya membawa 1001 kenangan dan kisah buat kita semua kan. Nak imbas sikit la kenangan manis dalam tahun ini. Walaupun dalam keadaan pandemik covid-19, dengan negara dalam perintah kawalan pergerakan, dah tak bebas macam dulu, nak merentas negeri ke negara pun tersekat, tapi masih ada manisnya. Ada juga yang pahit, tapi kita imbas yang manis je la ea... Happy2 je untuk awet muda. Hahaha 


💜 Tengok Firas dalam proses membesar depan mata, first month 2020 dia sambut ulangtahun yang pertama, dalam tahun ni juga dia pandai berjalan, bercakap sikit-sikit, makan sendiri (hehe tak mau kena suap dah). Dan pertama kali dengar dia panggil aku ibu ibu ibu... Sampai 3kali sekali sebut. Coz ibu paling lambat dia dapat sebut. Paling awal ayah, baru nenek, atuk. Ibu last sekali.. Huhuhu...


💜 Blog aku naik taraf dari blogspot ke dotcom. Punya lah bangga first tengok dapat domain nama sendiri. Rasa macam ada company sendiri. Tiberr


💜 Peningkatan sedikit dalam kerjaya. Jadilah sikit pun. Dah bekeluarga tak larat nak pulun sangat. Alhamdulillah tetap rezeki.


💜 Join bisnes kecil-kecilan. Jadi Young Living Distributor  dan Norwex Consultant. Mencuba kata orang walaupun curi-curi masa. Seronok juga. Banyak dapat belajar benda baru. 


💜 Lulus Adsense. Ni aku rasa pencapaian terbesar aku setakat ni dalam dunia blog. Hahaha kasi can la nak bangga-bangga.. Kuikuikui


💜 Register segala socmed yang ada. Disebabkan bosan terkurung waktu PKP haritu, aku join segala macam socmed yang aku pun tak sangka aku akan join macam TikTok, LinkedIn, Pinterest, YouTube. Ni pun aku betul-betul have fun. Banyak dapat ilmu baru dari sini.


Oklaa cukup la cerita ni je. Banyak lagi kenangan manis tapi tak semua boleh cerita kat sini. Aku kan pemalu hehehe...


Apa pun bersyukur sangat, walaupun tahun ni diuji dengan keadaan pandemik, wabak Covid-19 yang menular dalam negara, pergerakan tersekat, hidup dalam norma baharu, banyak benda nak buat tapi tersekat. Aku tetap percaya ada hikmah kebaikan di sebaliknya. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki dan sentiasa dalam lindunganNya.. In sya Allah.. 

3 comments:

  1. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    -bandar 66
    -perang baccarat (new game )
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
    PROMO MENARIK
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
    Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
    menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) |
    Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete
  2. hahah tukar domain rasa mcm company sniri eh? mcm nak tukar juga la haha

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.