Redeem Voucher OLDTOWN White Coffee Hari Tu
Kisahnya dapat voucher OLDTOWN White Coffee haritu, lama dah.. ni baru ada masa nak review.
Pilih punya pilih produk kopi, ambil jela kopi tin ni haa. Sebab suami aku memang suka jenis yang ready to hirup macam ni haha.. Kalau keluar kan bila tengah isi minyak kereta wajib ada kopi yang dalam tin macam ni. Suami isi minyak wife wajib masuk kedai petrol station tu. Haa ni dah ada OLDTOWN White Coffee banyak juga stok dapat so letak jela dalam kereta bila nak keluar tu. Ada 3 flavour Classic, Hazelnut & Caramel. Nasib baikla encik suami suka sangat hehe.. Sedap nau kopi ni katanya.
Oklah dah alang-alang buat entri pasal OLDTOWN White Coffee ni, aku nak cerita serb sedikit la pasal depa..
🌼 OLDTOWN White Coffee menggabungkan 3 jenis biji kopi premium iaitu Arabica, Robusta dan Liberica.
🌼 Menggunakan kaedah tradisional dalam pembuatannya untuk mengekalkan ketulenan rasa kopi putih
🌼 Setiap teguk adalah kenikmatan abadi dengan rasanya yang lembut, aromatik dan berkrim yang memikat peminat kopi selama berabad-abad
Oklaa kalau teringin nak cuba korang boleh beli terus kat Shopee Mall OLDTOWN White Coffee. Yang 3 in 1 pun ada.
Jumpa lagi di entri yang lain yaa..
Oh, akk redeem kopi 3 in 1, tak terfikir lak nak ambil dalam tin, hihi
ReplyDeletehazelnut tu sedap!!!
ReplyDelete