Supergoop! Forever Young Hand Cream | Krim Pelindung Matahari Anti-Aging Untuk Tangan Anda





Selain daripada penjagaan kulit wajah, penjagaan kulit tangan pun penting juga kan. Suka tengok kalau tangan yang licin mulus tu. Salah satu nya cara menjaganya ialah melindungi kulit daripada pancaran matahari.

Tak kira la sama ada tengah bersiar-siar, berbasikal, berkebun atau berjogging ke tangan kita terdedah kepada cahaya matahari lebih kerap daripada bahagian badan yang lain, di mana tanda-tanda penuaan paling jelas tetapi kebanyakan krim tangan tidak mempunyai perlindungan dari sinar matahari. 


Aku nak syorkan krim tangan pelindung dari sinaran matahari dari jenama Supergoop! iaitu Forever Young Hand Cream.



Merupakan jenama pertama dan satu-satunya 100% perlindungan UV yang khusus. Supergoop! ni ada bermacam jenis produk untuk sunscreen. Aku tertarik pilih hand cream ni lagipun dari sekolah dulu kalau berjemur time kawad ke sukan, mesti tangan aku yang paling gelap dulu daripada muka. Haha nanti orang cakap tak sekata pulak kulit dengan muka. Lagipun tangan kita kan terdedah kepada cahaya matahari lebih kerap daripada bahagian badan yang lain, tanda-tanda penuaan pun selalu boleh nampak kat tangan tau. So jangan ambil mudah penjagaan kulit kat tangan ni haa.. 


So aku terus point je laa apa yang menarik pasal Supergoop! Forever Young Hand Cream ni ~~


🌞 Dengan ekstrak Sea Buckthorn, Campuran Minyak Argan & Meadowfoam Seed Oils

🌞 Memberi perlindungan, penghidratan dan khasiat yang diperlukan oleh tangan untuk melawan kerosakan UV dan kulit yang kering. 

🌞 Melembapkan kulit

🌞 Atasi tanda penuaan di tangan 

🌞 Tidak berminyak (setiap kali beli krim apa pun memang aku cari yang non greasy, tak rasa rimas or melekit kan) 




Dulu aku beli hand cream ni kat sephora, tapi tak sure la sekarang ada lagi ke tak. Tapi google tengok masih ada stok kene order dari overseas kot. Lagipun krim ni pakai sikit-sikit je pun dah cukup. 


Apa pun pentingnya ada produk penjagaan pelindung matahari bak kata tagline Supergoop! "Live In The Sunshine, But First Sunscreen". Lagipun Supergoop! memang rangkaian produk untuk sunscreen. Dari hujung rambut ke hujung kaki. Nasib tak ada sunscreen untuk mulut.. Oopsss


Oklah sampai sini untuk hari ni, kita cerita lagi kat next entri pula ye... 

 




2 comments:

  1. handcream pun satu benda yg penting kan ! sejak masok 3series baru realise

    ReplyDelete
  2. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*co
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.