Cara Mudah Untuk Kulit Cantik Berseri Dari Dalam Dengan BRAND'S InnerShine Prune Essence
Nak cantik berseri? Selain daripada penjagaan luaran, rasanya korang pun tahu penjagaan dalaman juga sangat penting kan. Ada yang amalkan senaman, pemakanan yang seimbang, tidur yang cukup untuk mengekalkan keserian wajah dan banyak lagi la tips yang bagus.
Macam aku pun yela dari remaja lagi dah namanya perempuan kan, mesti teringin nak rasa cantik. Tak perlu orang puji pun kadang kan, rasa confident pun dah perlu bagi seorang yang bergelar wanita. Janji jangan terlampau jadi overconfident pula. Kihkihkih..
Aku nak share la salah satu produk penjagaan dalaman yang dah bertahun juga aku amalkan iaitu BRAND'S InnerShine Prune Essence. First cuba umur 22 tahun masa tu tak silap. Ikutkan nak masuk 10 tahun la kan. Tapi aku tak ada la konsisten sangat, kadang tu ada skip juga ikut bajet. Huhuhu..
BRAND'S InnerShine Prune Essence ni banyak manfaat yang baik untuk kecantikan antaranya meh aku list kan kat bawah ni
💜 Menyingkirkan toksin
💜 Kaya dengan serat dan vitamin E
💜 Melindungi dan memperbaiki sel-sel kulit
💜 Menjadikan kulit berseri dari dalam
Best kan? Amalkan secara konsisten in sya Allah yakin. Kalau ada yang baru berminat nak mencuba produk ni boleh beli dapatkan di pasaraya berdekatan atau di Watsons atau Guardian seluruh Malaysia
Info lanjut juga boleh lihat di Instagram InnerShine Club
Lama sungguh stop minum innershine ni, kalau dulu memang tak putus Sis minumnya Faizzah, memang bagus..
ReplyDeletebertambah menawan tuan blog ni haa :)
ReplyDeletesedapnya inner shine. pasni shining-shining la dia.
ReplyDelete