Review Dr. Dennis Gross Alpha Beta® Universal Daily Peel | Treatment Di Rumah Untuk Kulit Glowing




Selalu kan kulit muka kita terdedah kepada pencemaran alam sekitar seperti habuk, debu dan sebagainya. Kadangkala dengan cuci muka dengan air pun masih melekat lagi kotoran yang kita tak nampak.


Salah satu tips nak kulit bersih korang bagus amalkan peel. Aku nak syorkan kat korang this product dari Dr. Dennis Gross. Asalnya aku tebus reward point je sebab teringin nak cuba peel ni rasa menarik je kan. Kumpul sikit-sikit setiap kali ada reward point kat Sephora aku tebus peel ni.


Dr. Dennis Gross Alpha Beta® Universal Daily Peel. Haa hebat tak namanya. Bukan je nama je hebat off course la kegunaannya pun hebat juga. Kenapa aku jatuh cinta dengannya? Baca point kat bawah ni ~~


🍭 Paraben free

🍭 Rawatan yang selamat dan mudah dilakukan di rumah sahaja tanpa pemulihan dari pengelupasan bahan kimia pada kulit

🍭 Rumusan universal mengandungi gabungan lima asid, sesuai untuk yang kali pertama nak try guna peel macam aku la. 

🍭 Mengatasi masalah tekstur atau tona kulit tidak sekata

🍭 Membantu mengurangkan garis halus dan menutup pori yang terbuka. 

🍭 Sesuai untuk semua jenis kulit


Oh ye, Dr. Dennis Gross Alpha Beta® Universal Daily Peel ni ada 2 langkah dalam setiap treatment pack. 

Step 1 : Dipenuhi dengan asid pengelupasan yang menyegarkan, kuat tetapi lembut pada kulit wajah.


Step 2 : Memberi kesan anti penuaan untuk menyuburkan kulit korang dan memastikannya seimbang. Kulit wajah kelihatan segar, kulit jadi lebih lembut, flawless & glowing. Best kan ngeeeee



Dr. Dennis Gross ni actually ada 3 jenis peel kat Sephora . Yang ni Universal warna oren, ada yang warna merah Extra Strength, yang warna biru Ultra Gentle. Semua untuk lain-lain jenis masalah kulit. Aku ada satu yang merah Extra Strength tu pun hasil tebus point. Yang tu tak cuba lagi nanti aku review ye in sya Allah..


Kalau korang berminat nak cuba or nak survey je dulu pun boleh, klik je link kat bawah ni. Ada yang sekotak boleh dapat 30 applications ada yang dapat 5 applications. 


Dr. Dennis Gross - Alpha Beta® Universal Daily Peel https://www.sephora.my/products/dr-dennis-gross-alpha-beta-r-universal-daily-peel 


Dr. Dennis Gross - Alpha Beta® Extra Strength Daily Peel https://www.sephora.my/products/dr-dennis-gross-alpha-beta-r-extra-strength-daily-peel


Dr. Dennis Gross - Alpha Beta® Ultra Gentle Daily Peel https://www.sephora.my/products/dr-dennis-gross-alpha-beta-r-ultra-gentle-daily-peel







4 comments:

  1. Bagus ni.. ada khas untuk jenis kulit tu lagi bagus... so pakai mana yang bersusuaian kan..

    ReplyDelete
  2. checking link link dekat bawah tu now :)

    ReplyDelete
  3. Nak guna ni lps step yg mana ye. Lps cuci muka or mcm mana

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.