Cepat dan Senangnya Nak Sediakan Ayam BBQ Berempah Mexican
Hai korang... Cuti-cuti Chinese New Year ni buat apa je? Nak keluar rumah pun tak boleh nak jauh sangat kan. Ye laa kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semua untuk kebaikan kita semua juga.
Ok la, bila dah kat rumah tu salah satu benda yang penting ialah makanan. Hahaha.. Aku pasti ramai yang setuju dengan aku. Macam aku juga, stok makanan mesti kena sentiasa mencukupi tapi jangan sampai terlebih sangat nanti jadi membazir. Ingat lah pada saudara-saudara kita yang dalam kesusahan tu.
Salah satu stok makanan yang aku mesti mencukupi dalam rumah aku ialah stok makanan frozen. Ada masanya kadang bila lapar then ada banyak kerja rumah nak kena buat ke selain dari kerja hakiki makanan frozen ni memang jadi penyelamat aku. Lagi pula anak pun makin berselera setiap masa nak makan hehehe..
Antara makanan frozen yang aku suka ialah dari jenama CP Brand. Jenama ni bukan baru ye. Ianya dari PK Agro yang dah bertapak dari tahun 1975 lagi.
Setakat ni aku dah pernah cuba 3 produk makanan frozen keluaran CP Brand. Antaranya Chicken Roll (Popia Ayam) Mexican Spicy BBQ Chicken (Ayam BBQ Berempah Mexican) dan Crispy Chicken Finger with DHA (Jejari Ayam dengan DHA). Semuanya shedap2 belaka dan jadi kegemaran aku sekeluarga.
Hari ni aku nak selit sikit cerita pasal Mexican Spicy BBQ Chicken atau Ayam BBQ Berempah Mexican. Yang ni memang fefeeling macam makan ayam madu yang kat pasar malam tu pun ada. Memang puas hati tau, nak sediakan pun mudah. Nak goreng terus boleh, pakai microwave boleh, oven pun boleh saja. Semuanya bereh dalam beberapa minit!
Nak makan begitu saja pun sedap. Makan dengan nasi pun sedap. Semua sedap la. Tapi kalau pada aku memang lagi suka meratah gitu je. Hehehe...
Siapa cakap kat rumah tak boleh fefeeling macam makan kat luar? Dengan adanya Mexican Spicy BBQ Chicken ni memang syok la sambil makan lepak dengan family kat rumah. Jimat masa. Mudah disediakan. Macam aku settle cepat ni perut kenyang lepas tu dah boleh nak sambung tulis artikel lain pula untuk blog, sambil promo produk yang aku jual Norwex dan Young Living. Sambil cuci mata shopping online. Semuanya sambil menyambil. Kalau dah malas sangat lagi, aku order je dari Food Panda or Grab Food hehehe...
Oklah sampai sini je buat masa ini. Kalau korang berminat nak cuba Mexican Spicy BBQ Chicken atau mana-mana frozen food dari CP Brand boleh cuba dapatkan di mana-mana cawangan 99 Speedmart ye.. Ok bubyeee
Website : CPBrand
Facebook : CPMalaysia
Boleh la tru yg ni pula nanti
ReplyDeleteNampak sedap kejadiannya
ReplyDelete