LIRIK LAGU KARMA - KAKA AZRAFF FEAT JAZ (OST TAKDIR YANG TERTULIS)



.           Kredit Foto : mStar



         Sumber video : YouTube 


Komposer : Farouk Roman

Penulis Lirik : Aisha Retno

Tahun : 2021


Sejenak ku melukiskan dirimu

Yang terukir di hatiku

Namun memang benarkah jiwa ini

Untukmu...


Lembaran hari pun kian berganti

Ku masih memikirkanmu

Kau membuat semuanya sempurna

Tapi kenyataannya...


Kamu dan cinta tak seindah

Pintalan rinduhatiku

Bagaikan karma yang menjawab semua


Kamu dan aku tak menyatu

Terhempas jauh kasihku

Mungkinkah takdir memisahkan kita

Berdua...


Mengenang mekarnya cinta yang dulu...

Dikaburi kemanisan


Cinta yang kini berubah

Kau memang pantas rasakan...


Kamu dan cinta tak seindah

Pintalan rinduhatiku

Bagaikan karma yang menjawab semua


Kamu dan cinta tak seindah

Pintalan rinduhatiku

Bagaikan karma yang menjawab semua


Kamu dan aku tak menyatu

Terhempas jauh kasihku

Mungkinkah takdir memisahkan kita

Berdua...


🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷


🎶 Best juga Kaka Azraff nyanyi genre lagu yang macam ni. Ngam suara berduet dengan penyanyi kelahiran Brunei yang menapak di Indonesia, Jaz Hayat. 

Oh ye, rasanya ada yang macam aku yang first time dengar lagu ni jadi OST drama 'Takdir Yang Tertulis' yang sedang  ditayangkan di Slot Samarinda TV3 Isnin hingga Khamis pukul 10 Malam. Lakonan Nad Zainal, Nazim Othman, Datin Elvina Mohamad, Alvin Chong, Isaac Iman, Didie Alias, Iman Suhana, Uchee Fukada, Muaz Fitri Maslan dan ramai lagi..

Baru berapa episode dah jadi trending drama ni tau. Yela banyak unsur' kegeraman' yang faham tu faham ler hahaha. Tak sabar nak tunggu apa kisah seterusnya watak Juweta, Azlan, Ruhila, Ean dan yang lain-lain... Tengok tu geram aku sampai terbawa ke lagu ost pun ingat cerita tu yang penuh dengan suspen.. Huhuhu...


Kredit Info : mStar




2 comments:

  1. Kan kann.. suka juga dengar lagu ni.. ni dah release lagu OST baru drama tu dari Amylea..

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.