Cara Meredakan Kesan Sunburn Pada Kulit Dengan Aloe Vera Gel
Hai korang. Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk menulis lagi. Harap korang tak jemu baca blog aku yang biasher biasher ni. Hehehe...
Oh ye, cuaca agak panas sekarang kan, bila ada keperluan di luar lagi-lagi waktu tengahari, mesti boleh rasa bahang tu macam menggigit kulit kan. Macam aku masa sekolah dulu pernah join pertandingan perbarisan kawad kaki apa semua. Bila dah berjam-jam berjemur tu haa mula lah sunburn kulit ni haa.. Dah macam orang berjemur kat pantai gayanya.. Hehehe
Yes memang cahaya matahari bagus untuk kita sebab ada vitamin D, tapi kalau terlebih berjemur pun jadi tak bagus untuk kulit kan.
Aku nak recommend la kat korang satu produk ni yang aku guna dari zaman sekolah lagi bila ada aktiviti yang memerlukan aku berjemur di bawah sinaran matahari. Aloe Vera Gel dari jenama Fruit of the Earth. Rasanya ramai yang dah pernah dengar atau cuba kan. Kat farmasi dan drugstore pun banyak dijual.
Bila kulit korang rasa macam digigit-gigit masa berjemur tu, sapu je Aloe Vera Gel ni. Sebab dia ada efek cooling mcam tu. Memang best. Boleh redakan kesan sunburn pada kulit.
Aku listkan jela sikit kelebihan Aloe Vera Gel Fruit of the Earth ni ~~
🍃 Gel yang menyejukkan dan menenangkan. Diperbuat daripada daun aloe vera segar.
🍃 Ianya membentuk penghalang dan pelindung yang membantu mengekalkan kelembapan.
🍃 Bebas alkohol, bebas wangian dan tanpa pewarna.
Selalu tengok Fruit of the Earth Aloe Vera Gel ni yang botol tutup biru tu kan, yang ni versi Rose Petal. Biasala perempuan kan.. Mesti nak yang girlish sikit walaupun cuma gel. Hehehe...
Kalau korang berminat nak dapatkan, boleh cari kat farmasi berdekatan, Watsons dan Guardian pun ada. Kalau nak mudah lagi Shopee pun ada kan. Di hujung jari je. Kuikuikui
Aloe Vera memang best kan, rasa sejuk je :)
ReplyDeletesunburn ni sakit ooo kalau tak rawat awal2 sakit
ReplyDeletePatutlah kulit cantik pandai jaga kulit muka.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete