Persiapan Yang Perlu Dilakukan Sebelum Pergi Ke Pusat Pemberian Vaksin COVID-19
Pastikan :
1. Anda telah memuat turun, mengaktifkan dan mengemas kini maklumat peribadi anda di dalam aplikasi MySejahtera.
2. Anda telah menjawab semua soalan penilaian kesihatan di dalam MySejahtera.
3. Baca dan fahami Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19 di MySejahtera. Anda perlu menandatangani borang tersebut di hadapan petugas kesihatan.
4. Datang ke lokasi pusat pemberian vaksin pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
5. Bawa bersama-sama Kad Pengenalan dan telefon bimbit yang mengandungi aplikasi MySejahtera yang telah diaktifkan.
6. Pakai pakaian yang sesuai untuk mendapatkan suntikan di bahagian atas lengan seperti:
a. Pakaian berlengan pendek
b. Pakaian berlengan panjang yang longgar dan boleh dilipat ke pangkal lengan.
7. Bagi warga emas dan orang kurang upaya digalakkan datang bersama pengiring.
Kredit info : Instagram myhealthkkm
get ready to all of us kan
ReplyDeleteTunggu jugak ni bila kena vaksin. Suami da dapat awal. Ok je dia cakap setakat lenguh biasa
ReplyDelete