Pelbagai Pilihan Baju Raya Di Butik Jamilah

 

Assalamualaikum... Hai korang.. semoga sihat dan ceria selalu. Bila dah masuk bulan Ramadhan ni selain kita buat persiapan untuk berpuasa mesti kita dah mula buat persiapan untuk menyambut hari raya nanti kan. Boleh rentas negeri ke tak raya nanti, tapi persiapan kena ada juga sikit-sikit pun kan.


Tak kira lah persiapan untuk langsir raya, baju raya, tudung raya, kasut raya, beg tangan raya, kuih raya, kerepek raya eh macam-macam raya la. Semua nak letak nama raya kat hujung hehehe...


Dalam banyak persiapan raya, tahun ni aku memilih untuk persiapan raya dengan baju dahulu. Bukan apa, ada kenangan raya tahun sebelum ni tang baju raya ni. Nak kata kenangan sedih tapi macam kelakar pun ada. Sebelum ni aku memang suka beli baju raya last minute jadi ada je hal nya bila main tangkap muat ni. Baju ketat la, longgar la, pernah pagi raya dok setelkan baju lagi sedangkan family tengah ready nak bergambar dah. Punyalah sadis kuikuikui...


So tahun ni alhamdulillah ada rezeki awal plan nak cari baju raya awal. Tak ada masalah nak cari baju raya suami dengan anak. Dua2 jejaka ni raya pertama jela dorang nak baju melayu ke kurta bagai, raya kedua belikan tshirt pun cukup dah. Yang aku ni jiwa wanita sejati dah beli baju raya sepasang nak tambah lagi sepasang buat stok konon kalau ada kenduri kahwin ke apa.. alasan perempuan sangat hahaha...


So beberapa hari sebelum tiba Ramadhan dok jalan-jalan dekat Plaza Angsana Johor. Kat situ kan antara tempat yang banyak pilihan butik baju kurung fesyen-fesyen terkini. Rambang mata juga la aku pergi ke satu demi satu butik membelek. Tiba-tiba mata terpandang Butik Jamilah ni kat level 3. Nampak dari luar terang benderang dengan lampu warna putih memang boleh nampak jelas lah baju-baju yang digantung kat dalam butik tu.















Aku pun masuk la belek dari satu baju ke satu baju Allahu rambang mata jadinya. Semua cantik-cantik design yang tak pernah jumpa lagi kat mana-mana tau.. dengan koleksi baju kurta dari jenama Kacax pun aku dok belek sekali. Jenama Kacax dengan Jamilah ni sebenarnya rangkaian owner yang sama milik pasangan suami isteri  menurut staff kat situ. Patutlah havoc. 








Selalunya raya mesti nak cari sedondon baju dengan family kan. Haa butik Jamilah ni tempatnya. Nak cari satu set ibu dan anak perempuan, ayah dan anak lelaki, semua ada kat sini. Settle masalah. Tak payah  pusing sana sini cari warna baju sedondon sampai bengkak kaki kan. Haaa sebab aku ada pengalaman raya 2018, masa tu belum ada anak, pusing cari baju sedondon laki bini pun kaki aku bengkak sampai pergi klinik kena inject tau.


Seronok aku tengok banyak pilihan baju sedondon untuk family kat sini. Boleh match baju ayah, ibu, anak perempuan mahupun anak lelaki. Sampai rambang mata aku tengok.  Tak percaya? Haa tengok la gambar aku share bawah ni tau.


Cantik kan warna soft macam ni?


Yang ni kalau nak warna bold sikit. Cun sangat.


Yang ni boleh sedondon BF or GF. Hehe



Cun kan sedondon emak dengan anak?




 

Cantik tak aku gayakan Set Baju Nayla ni? Terus Nampak efek tinggi langsing gitu. Kasi can aku perasan dan nak cantik raya ni.


Korang yang peminat lace boleh la cari pelbagai design terkini material lace kat sini. Kalau nak tahu pasal material meh aku story sikit. Kebanyakan material baju kurung premium cromo crepe, baju lace - high quality lace+royal cromo crepe, dan yang best nya banyak pilihan warna juga. Cantik nau nau... Ada juga aku belek kurung cotton dah la harga murah lepas tu material dalamnya licin, sejuk dan selesa. First time weh jumpa material kain macam ni. Cantik di luar dan selesa di dalam gitu. 


Sejenis aku kalau masuk kedai memang suka menyembang tak dengan owner dengan staff. Diorang cerita Butik Jamilah ada booth juga kat Level 2 & 3... So sejenis kaki shopping macam aku kat booth diorang pun aku redah sebelum balik tudiaa... Sempat la aku save beberapa keping gambar baju cantik kat booth sebab nanti nak datang lagi ke..hehehe..


Booth JAMILAH - Level 3 ,berdekatan Kiosk Jamu 


Booth JAMILAH - Level 2 ,Berhadapan Pentas Utama 






Haa ni paling best aku nak bocorkan rahsia, setiap pembelian di booth korang layak menyertai cabutan bertuah bermula 1 april hingga 31 disember 2021! Hadiahnya percutian untuk tahun 2022 nanti! Untung ler wehh free je pergi bercuti kalau menang ni. Rezeki kita tak tahu kan.



Yang kelakar nya, masa ni dok jenjalan dengan kawan aku Huda & Ain, Huda pun tengah survey baju-baju raya juga. Ain carikan baju raya untuk abang dia kat butik Kacax. Memasing dapat apa yang dicari walaupun kitorang try baju lain tapi last2 beli baju lain hahaha... Rambang mata punya hal uollss... Nasib baik la owner dengan staf mesra dan rajin melayan perangai kitorang ni kihkihkih…






Korang nak juga survey baju kat Butik Jamilah? Ni aku ada sertakan location dan detail IG & FB. Boleh usha dulu ye. 


Lokasi Butik Jamilah


(Level 3 Plaza Angsana Johor Bahru)

Uda Angsana Sdn. Bhd.

https://maps.app.goo.gl/1qbunxF7PYL9VPSG8

Booth JAMILAH - Level 3 ,berdekatan Kiosk Jamu 

Booth JAMILAH - Level 2 ,Berhadapan Pentas Utama 


Instagram : Busana Jamilah 


Facebook : Busana Jamilah


Whatsapp: wasap.my/60197341037/Jamilah















1 comment:

  1. Wah ready dah nih nak beraya, cantik-cantik bajunya

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.