Kaki Cantik dan Halus dengan Foot Mask
Hai korang. Apa khabar? Buat apa tu? WFH ke? Hehehe..
Duduk jela kat rumah ye musim PKP . Angka kes Covid-19 di Malaysia pun dah cecah 7 ribu. Semoga kita semua sentiasa di dalam lindunganNya dan diberi kesihatan yang baik.
Boring tak ada buat apa kat rumah spa pun tutup, tengok kulit kaki ni makin kasar. Kaki pun kena cantik dan bersih tau bukan muka je. Barulah orang kata cantik dari hujung rambut sampai hujung kaki kan.
Langkah pertama nak kaki cantik dan bersih aku nak cuba foot mask dan pilihan aku ialah jenama dari Korea iaitu Nature Republic. Suka sangat dengan foot mask ni , kulit kaki jadi lembut dan halus.
Apa pun, nak kaki bersih dan cantik bukan sekali je guna. Kena banyak kali dan konsisten. Beli 10 pek ke buat stok haa macam tu. Lepas tu rajin-rajinkan diri guna. Jangan hari ni tengok bagus kat sini, cuba sini, bulan depan rasa tak nampak hasil dah try benda lain pulak. Jenis sentiasa nak buat benda yang dapat hasil serta merta memang sampai sudah tak ke mana. Ehhh terbebel pulak. Macam bebel kat diri sendiri je. Kihkihkih....
Okla cau dulu.. Jumpa lagi next entri...
Website Nature Republic :
http://brand.naturerepublic.com/
alamakk mmg seriau guna ni hehehe...
ReplyDeletepart terkopek2 kulit tu...
rasa mcm tersiat kulit hehehe tp 2 3 hari lepas tu mmg cantek je kan...
Berapa price tu. Klik kuar bahasa korea lah plak 😂
ReplyDelete