Kisah Berbuka Puasa Di US Pizza Sebelum PKP
Cerita berbuka puasa ni lama dah awal-awal Ramadhan haritu sebelum PKP hari ini. Ni baru ada masa nak bercerita kat blog. Sebab pengalaman best kena lah cerita sini. Hehehe
Tengok ada kawan Instagram post pasal US Pizza ni lalu kat feed. Tengok suasana dalam restoran tu macam kat overseas tu teringin nak menyinggah. Sejenis aku juga tak boleh tengok tempat makan yang unik ni. Sedap ke tak menu tu cerita kemudian kuikuikui..
So google la US Pizza cari lokasi terdekat kami pilih la US Pizza kat Mount Austin tu. Booking sesiap bulan puasa ni kan.
Menu yang kami pilih ialah Milkshake, Garlic Twist, Mushroom Soup, Cheeseboat Pizza & Salted Egg Pizza. Alhamdulillah sedap-sedap semuanya puas hati makan kat sini. Pizza nya lembut, paduuu... Paling favourite aku Cheeseboat Pizza tu la. Seronok main tarik-tarik gitu hehehe.. Salted Egg tu bawa balik untuk mak ayah suka depa makan walaupun mak ayah aku tak berapa suka sangat pizza yang ni alhamdulillah dorang suka juga.
Garlic Twist
Korang jangan risau kalau teringin nak berbuka puasa dengan US Pizza, still boleh order online walaupun tak dapat dine in dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni kan. Tahun ni pun kita semua beraya dalam PKP, tak boleh rentas negeri mahupun daerah, tak boleh kunjung mengunjung. Positif. Semua ini untuk kebaikan bersama. Semoga kes Covid-19 menurun selepas ini. In sya Allah. Kita yakin, usaha dan berdoa.
Untuk info lanjut boleh refer link US Pizza di bawah ini ⤵️
Website : US Pizza Malaysia
Instagram : US Pizza Malaysia
Bestnya
ReplyDeleteIngatkan kat NY tadi