Throwback Kisah Raya Pertama PKP 2021

 



Assalamualaikum. Alhamdulillah. Salam Syawal. 


Di penghujung aidilfitri, aku baru berkesempatan nak menulis kisah raya pertama aku dan keluarga dan upload gambar di sini. 




Raya tahun ni, masih lagi beraya dengan keluarga belah aku. Sebab PKP patutnya plan nak raya di rumah mertua. Jangan main tuduh cakap aku ziarah raya pulak, yela nampak dalam gambar mak ayah aku ada sekali kan.


Begini ceritanya, aku memang sejak berkahwin serumah dengan mak ayah sebab aku anak tunggal dalam keluarga. Tu je ceritanya hehehe...


Nak kata tak seronok jadi anak tunggal, best juga sebab tiap tahun pun zaman bujang memang join raya dengan sepupu sepapat. Alhamdulillah hubungan dengan mereka rapat sampai sekarang, cuma jarang la nak berjumpa sejak hidup dalam norma baharu ni. 


Tapi salah satu nikmat yang aku syukur sangat raya tahun ni suami tersayang ada di sisi. Alhamdulillah. Kalau pernah baca entri tahun-tahun sebelum ni, dah 2 tahun tak dapat beraya suami dek kerana tugas nya. Bagi anak aku pula, inilah tahun pertama dia beraya dengan ayahnya sejak lahir. Huhuhu...



Alhamdulillah, juadah dan hidangan tetap terhidang macam biasa walaupun tak dan nak ambil semua gambar persiapan raya tahun ni. Entahlah ea, padahal tak ada layan tetamu pun tapi sibuk bebenor... Hahaha


Ketupat segera je, lemang beli, burasak (makanan bugis) tahun ni pun tempah je. Nak cari daun pisang buat burasak tu selalu kat kampung mak kat Pontian. Cuma Lepat Loi (makanan bugis) jela tak dapat. 


Kuih raya, kerepek dan kek macam biasa kuih tunjuk je. Dah bertahun pencen belum sampai seru nak try buat balik hehehe. 


Oklah sampai sini dulu bebel, jumpa lagi di raya tahun depan in sya Allah.. Mohon maaf jika ada salah silap dalam penulisan ye yang tanpa sengaja atau dengan sengaja.... Hahaha gurau je... 

Jangan tunggu raya je nak minta maaf ea korang. Sentiasalah kita rendahkan ego minta maaf. Tak luak pun kalau kita tak salah sekalipun. Berbanggalah jadi orang yang pertama meminta maaf kat situ menunjukkan kita seorang yang berani dan bertanggungjawab. Tak percaya? Betul... 


Jangan tunggu raya je juga nak mengeratkan silaturrahim. Jangan hari ni mesra, lepas raya ikut mood nak baik dengan orang yang kita pilih je. Hohoho jangan begitu ye duhai pembaca ku sayang. Sentiasa eratkan silaturrahim di kalangan keluarga, sahabat dan jiran tetangga tanpa memilih darjat, latar belakang, cara hidup, baru kenal atau dah lama kenal, dekat atau jauh, ketika berkepentingan atau tidak... Ooopsss kan aku dah merapu ... Ok jumpa lagi di entri raya haji pulak.. hahaha...








1 comment:

  1. Whoa.. throwback raya ko . hahaa . Salam Aidilfitri.. maaf jika terasa pape sepanjang kenal.. jumpa dan dalam alam maya..

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.