Salam Maal Hijrah 1443H/2021M

 



Selamat Menyambut Awal Muharram atau Tahun Baru Islam buat umat Islam di seluruh dunia.

Semoga datang yang baik-baik pada tahun ini, bertambah ketakwaan kita, kasih sayang sesama kita..

Berhijrah ke arah yang lebih baik,bukan untuk diri sendiri je, moga dapat memberi manfaat kepada orang di sekeliling kita juga. 

Di kesempatan ini juga, Fiza ingin memohon ampun segala salah silap yang tidak disengajakan, keterlanjuran kata dan perbuatan. 

Kalau ada yang terkurang, boleh tegur atau email Fiza..in sya Allah sama-sama kita perbaiki. Bagi Fiza, tak salah pun kalau kita cuba ikut cara orang lain kalau ianya mendatangkan kebaikan dan memberi manfaat pada orang lain juga macam yang Fiza katakan tadi. Tak ada istilah meniru, or tak nak sama dengan orang lain or what.. Hakikat kita semua kat dunia ni saling memerlukan, saling berkongsi pendapat yang baik. Kerana semua yang baik itu datangnya dari Allah. Pinjaman dariNya. Buang ego dan sama-sama kita berusaha berhijrah ke arah yang lebih baik. In sya Allah...










2 comments:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.