Cerita Santai ~ 16.10.2021
Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu korang. Apa je aktiviti minggu ni? Mesti dah ramai yang merentas negeri pulang ke kampung halaman masing-masing kan.. alhamdulillah.. selamat hari raya.. ehhh
Hehehe..gurau-gurau weekend ye..aku belum berkesempatan lagi pulang ke kampung mertua..suami masih lagi belum dapat cuti..so plan weekend aku kali ini selain dari bonding time dengan anak dan mak ayah kat rumah, cuma plan nak keluar kejap je..cari compact powder je.. complicated kan orang perempuan ni..keluar rumah semata-mata nak beli compact powder pun boleh..
Banyak juga plan aku ni bila suami dah cuti..banyak urusan tergendala sebelum ni kan..dapat je greenlight boleh rentas negeri, macam-macam la nanti kena selesaikan satu persatu..semoga dipermudahkan urusan kami.. aaminn aaminn ya rabbal alaminn..
Oh ye, korang macam mana pun berseronok merentas negeri tak kisah la balik kampung ke, jalan-jalan makan angin ke, jangan lupa patuhi SOP yang telah ditetapkan. Kalau boleh buat test kendiri dulu ye. Walaupun dah tau biar pesan banyak kali tak apa kan..ngeeee
Teringat pula cerita semalam yang jiran aku sampaikan..saudaranya yang pulang ke kampung terpaksa berpatah balik setelah agak jauh juga perjalanan gara-gara tertinggal luggage pakaian mereka. Aduhaii..maafkan aku sebab tergelak pada mulanya. Yela mungkin dah lama tak berjalan jauh sampai boleh tertinggal ye.. orang kata kalau setakat pakaian sendiri mungkin tak perlu patah balik. Beli jela sehelai dua. Tapi kalau keperluan anak yang tertinggal memang kena patah balik juga kan.. jenuh pula nak membeli last minit..lagipun barang keperluan anak-anak selalunya lebih banyak dari ibu ayahnya.
Oklah, ni je dulu cerita santai untuk hari ini. Ada masa terluang nanti kite jumpa lagi next entri ye..stay safe stay healthy!
Post a Comment